|
Tujuan entry ni ditulis (selain dah lama tak blog), adalah kerana saya baru dapat pengkhabaran yang novel saya Kougar: 2, novel ke-11 terbitan Fixi tahun 2021, diharamkan semalam atas alasan menyebarkan fahaman atau ideologi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga "mungkin memudaratkan kemoralan" pembaca. Astaghfirullah.
Baca artikel di sini: www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/05/27/kdn-haram-7-buku-mudarat-moral-ketenteraman-awam Untuk yang belum mengenali Kougar 2, kisahnya bertemakan cinta seorang wanita berusia kepada lelaki yang lebih muda. Yang membuatkan saya terpinga-pinga mencari jawapan, entah di bahagian mana novel kecil saya itu telah membuatkan masyarakat Malaysia hilang harmoni atau terjejas moral mereka. Saya konfius. Saya juga termenung memikirkan nasib industri seni dan cabang kreatif di Malaysia jika apa yang disogokkan kepada pembaca dewasa ini hanya karya yang telah ditapis dan disuling sehingga jernih. Bagaimana pula dengan karya yang mencerminkan pekung kita sendiri? Mestikah kita kambus rapat-rapat saja supaya busuknya tak merayap hingga ke langit? Kasihan. Anyway, kepada semua pembaca Kougar 2 yang merasakan moral dan kompas hidup mereka telah tergugat atau termudarat gara-gara tulisan saya, saya ingin memohon maaf. Yang khilaf datang daripada saya. Kepada semua yang belum membaca novel ini pula dan takkan jumpa di mana-mana pasaran lagi selepas ni, anggap sajalah anda sudah terlepas peluang keemasan. Manakala kepada semua yang masih setia menyokong penulisan saya sejak dulu, terima kasih kerana sudi membiarkan saya terus berwarna-warni terangi alam. Semoga cinta anda tak lekang waktu dan tak hilang makna sampai bila-bila. Bismillah. ps: ini novel kedua saya diharamkan selepas novel Aku. Nampaknya selain bergelar penulis simbol seks (self-claimed), saya juga seorang penulis haram. Tahniah.
0 Comments
|
AuthorShaz Johar. Archives
April 2026
Categories |