Hai semua, dah alang2 update blog tu masukkanlah story ni sekali.
Di atas adalah antara karya yang terhasilkan sepanjang saya bergiat sebagai anak seni. Terima kasih atas segala sokongan yang tidak pernah surut malah saban tahun makin mekar ibarat kuntuman bunga yang tersenyum pada mentari selepas hujan daripada kalian semua. Demi kalian juga minat dan kerjaya, sudah banyak onak dan duri yang saya rempuh, titian kecil dan berliku yang saya redah dan sungai-sungai jahanam yang saya renangi. Semoga semangat ini tidak lelah untuk terus menulis dan membahagiakan kalian, seperti semesta yang tidak jemu menumpahkan keindahannya kepada saya. Amin. Ps: Insya Allah, tahun depan kita keluarkan Kougar:2 pula.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |