Hello penduduk sekian alam!!!
Apa kabar semua? Are you OK?!! Make same noissseee!!! Terpanggil untuk menulis blog sekali lagi untuk memaklumkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah berakhir secara rasmi semalam. Seperti biasa, entry klise kali ini akan mengutarakan tentang rasa terhutang budi saya kepada semua pembeli buku di PBAKL yang telah berjuang masa dan tenaga hadir ke pesta tersebut. Jutaan terima kasih kepada kalian kerana sanggup melabur wang membaca nukilan kami, penulis watan yang kerdil ini. Tanpa cinta anda, tiada siapa yang akan kenal kami. Jangan berhenti mewarnai. Terima kasih yang paling utama sebenarnya khusus diberikan kepada penganjur PBAKL kerana bagi saya ini satu platform terbesar untuk kami mewar-warkan hasil kerja kami kepada dunia. Bukan apa, kami tak punya duit untuk mengupah influencer membicarakan tentang buku kami di akaun medsos mereka. Saya dengar ada pelawak yang caj RM5000 untuk satu IG story, sekali post. Huhuhuhu. Kami juga jarang diberi ruang untuk muncul di makalah atau TV atau ke gedung-gedung ilmu untuk tujuan promosi atau beresensi tentang seni. Jadi segalanya cuma mengharapkan omel dari mulut ke mulut. Kalau mulut berbau, hmm, faham-faham sajalah apa yang berlaku. Maka dengan adanya platform sebegini, dapatlah kami untuk terus bertapak dan mengangkat minat membaca dalam kalangan semua. Terima kasih sekali lagi. Oh ya, sebelum menutup entry, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan penulis yang terlibat dalam pesta buku kali ini dan juga kepada para penerbit yang tersenyum lebar melihat kutipan sales yang memberangsangkan. Semoga terus sukses mengorak langkah hingga ke bintang atau jika jatuh ke dasar lautan pun, menjadi mutiara. Ayuh kita meriahkan lagi pesta ini tahun depan! Bismillah.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |