Hai! Shaz Johar kembali lagi dengan blog entry terbaru.
Bulan December memang sentiasa menjadi bulan kegembiraan buat diri saya. Bulan Krismas penuh hadiah, bulan kelahiran saya juga. Dan apa yang menambahkan lagi kegembiraannya adalah bulan ini saya berada jauh di Eropah sambil membalut tubuh dengan selimut dari bulu alpaca dan menikmati musim luruh yang dingin. Ya, setelah hampir dua tahun terpuruk di bumi Malaysia, akhirnya lepas juga saya ke sini beberapa minggu yang lalu. Perjalanan saya dengan menaiki KLM berjalan dengan lancar. Walaupun lebih banyak urusan dokumen yang perlu diselenggarakan sebelum terbang (berbanding zaman sebelum Covid), tapi alhamdulillah semuanya teratur dan pantas. Oh ya, pegawai imigresen ucap, "Terima Kasih" sewaktu mengecop passport saya. Abang tu dahlah hemsem, mixed race, jambang, shaved head, sado pulak beserta tatu penuh satu badan, jadi nikmat tuhan apa lagi yang kita nak dustakan? Ahaks! Kehidupan di sini juga so far menenangkan. Sudah lama tubuh ini tidak dihembus angin-angin dingin. Beberapa hari sudah bumi Hamburg ditimpa salji nipis dan saya jadi anak kecil yang terlebih teruja. Entahlah mungkin kerana sudah lama saya tidak menyaksikan keping-keping salju itu jatuh ke tanah dengan sayu. Mungkin ada nilai sentimental di situ yang saya saja fahami. Malangnya, salji mencair sebaik mendarat di tanah ibarat sekeping hati yang luka. Cuaca belum cukup beku untuk mereka terus kekal dan bersemadi. Mungkin jika lebih lama saya di sini, saya dapat bermain dalam timbunan salji tebal, membentuk lelaki salju yang tidak mahu dirinya dipandang enteng. Atau mungkin saya perlu panjat ke gunung mana2 jika mahu hasrat itu dikecapi. Mungkin la kalau tak lockdown. Sian. Ah, satu tips jika sesiapa yang mahu ke Eropah. Setakat blog ini ditulis, EU masih mengamalkan EU Covid Certificate Pass (ala2 MySejahtera) untuk ke tempat tertutup seperti dalam mall, offices, wayang, restoran, cafes, dan sebagainya. Pemakaian mask juga diwajibkan kecuali di tempat terbuka (macam time kau jalan2 kat luar kau pakai ke tak hukumnya makruh) dan juga sewaktu minum/makan takyahlah pakai. Unless kau nak pakai pastu gunting bahagian mulut kat mask tu, itu ikut la kreativiti atau kebangangan masing2. Akan tetapi, EU Covid Certificate Pass ni hanya untuk:
Hmmm.... so kepada tourist, apa yang perlu anda lakukan? Tunjukkan saja MySejahtera (proof dah 2x vaccinated) dan berdoa semoga orang yang periksa itu faham bahasa Inggeris. LOL. Baik. Sebelum saya mengakhiri blog ini, saya nak bagitahu tujuan blog ini ditulis sebab saya nak beritahu yang saya sedang menulis novel terbaru sebenarnya. Hihi. Cerita apa, biarlah rahsia. Saya juga baru saja habis menulis sebuah skrip filem. Dah hantar pun kepada pihak yang terlibat. Tapi sama ada diterima atau jadi ke tidak filem yang ditulis itu, itu sama2 kita doakan, OK? OK la. Itu saja buat kali ini. Semoga dapat peluang lagi untuk bertemu di entry yang akan datang! Tschuss! Dengarlah hai teman, dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama... ShazJo.
1 Comment
Selesai sudah dapatkan suntikan kedua Astra Zeneca petang tadi. Perjalanan yang cukup pantas sebenarnya. Appointment pukul 6 tapi datang sejam awal dan tahu2 saja dah selesai.
Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang bertugas dan memastikan segalanya berjalan lancar. Sorry takde gambar “saya dah divaksin” sebab saya pergi sorang. Lagipun saya malas nak suruh orang amikkan gambar (sebab malas nak amikkan gambar orang balik. So win-win situation). Usai vaksin, saya singgah ke Kedai Fixi untuk ambil novel Kougar:2. Pertama kali pegang novel sendiri walaupun dah lama berada di pasaran. Jangan tanya saya nak jual ke tak sebab saya malas nak gi post office. Saya kalau boleh nak duduk kat rumah je dan keluar bila perlu. Atau terus keluar pergi KLIA dan tinggalkan Malaysia. Gitu. Kalau keadaan baik nanti, insya Allah saya akan buka order untuk sesiapa yang nak beli daripada saya beserta otograf dan kesan lipstick. But for now korang beli je la dekat Kedai Fixi. Saya dah sign few copies dah kat situ. Atau nak mur2 dan mudah lagi, beli saja di Shopee Buku Fixi. Atau kalau nak sangat jumpa dan dapatkan sign Shaz Johar in person, boleh saja tunggu di PBAKL tahun 3021 nanti. Semoga dipermudahkan. Hi pemirsa semua! Apa kabar!! Baik2 saja harapnya di musim2 PKP yang tidak berkesudahan ini.
Hari ni saya terpanggil untuk menulis blog dan entry kali ini untuk menceritakan tentang kelahiran buku baru saya sekali lagi. Ya, sekali lagi. Lepas beliau, beliau lagi, ya. Awas! Buku kali ini berjudul Kougar:2. Familiarkan tajuknya? Tentulah familiar, kerana ini adalah sambungan kepada novel pertama saya yang berjudul, Kougar. Novel yang dikeluarkan pada tahun 2011 dulu. Novel pertama Buku Fixi. Siapa sangka 10 tahun kemudian, saya masih menulis dan menghasilkan karya di bawah penerbitan yang sama. LOL. Kenapa disambung novel Kougar itu? Pertama, sebab saya sendiri yang rasa nak sambung dan mahu tribute kisah hidup Kisha dalam dunia yang serba pancaroba ini. Setelah 10 tahun, tentu ada banyak lagi ragam yang perempuan ini buat, bukan? Takkan nak biarkan tersia-sia begitu saja ibarat hidup aku yang stuck kat rumah sewa ni sampai nak amik spenda kat umah mak pun tak dapat2? Kedua, sewaktu saya tulis Kougar, saya belum tahu apa yang pembaca buku di Malaysia mahukan. Saya pernah hantar karya ni ke satu penerbitan (yang sekarang siar drama kat TV tu) tapi dia orang suruh saya tukar banyak benda, terutama tentang gaya penulisan, sampai saya rasa bukan saya yang tulis karya tu lagi. So saya peram dan tunggu peluang baru yang datang. Dan ketika muncul saudara Amir Muhammad (tuan empunya Buku Fixi) tanya, "Shaz ada cerita lain?" Saya terus jawab, "Ada," Dan bagi Kougar. Sebenarnya saya ada hantar karya lain kepada Buku Fixi sebelum Kougar, tapi dia tak berminat masa tu. Karya tu pun saya peram je jadi sejarah hingga kini. OK, itu cerita lain. Anyway, bermula dari sejarah itulah, saya terus tumpukan minat menulis yang Tuhan bagi ni sehingga kini. Dan waktu itu, saya pernah cakap sorang diri, "Kalau dalam 10 tahun akan datang aku masih lagi menulis dan diterima orang, aku akan buat sequel Kougar. Kosabajap. Haha!" *efek gelak untuk menyedapkan cerita. So maka terhasillah novel Kougar:2 untuk tatapan anda semua hari ni. Hebatkan saya? Anyway... setakat blog ini ditulis, versi cetak masih belum dijual. Versi e-book boleh dibeli di Google Play atau tanya saja kepada Buku Fixi dekat mana lagi karya agung ini berada. Kena beli online la kot sebab semua kedai tutup, kan. PKP kat Malaysia ni pulak mungkin tahun 3021 baru settle so korang tunggu je la dengan penuh sabar bila kita boleh sekali lagi jumpa untuk sain2 otograf dan berswafoto dalam sesi beramas mesra bersama peminat. Gitu. Peminat. Semoga dipermudahkan. Sebelum saya sudahi hujah saya kali ini sidang hadhirin sekalian, saya nak bagitau yang buku ni ikhlas saya tujukan kepada semua pembaca buku2 saya, terutamanya yang menyokong sejak Kougar dulu. Sudah sedekad saya menulis, anda masih lagi tak penat lelah bersama saya entah kenapa. Jujurnya, saya terharu betul. Jadi terimalah hadiah ini untuk kalian (tapi kena beli so kira hadiah untuk saya jugakla) dan dakaplah ia puas2. Semoga persahabatan kita ini terus kekal sampai ke langit. Amin. Sepanjang jalan kenangan kita selalu berganding tangan Sepanjang jalan kenangan kau peluk diriku mesra. Gitu. ps: semoga Kougar:2 diterima ramai lebih daripada karya2 saya yang lain. Dan kalau dah baca nanti jangan lupa review, ya! Saya suka baca review baik buruk daripada kalian untuk perbaiki karya2 yang akan datang! Bismillah. Hi you all, Just a quick note sebab dah lama tak update blog. Semalam Fixi ada buat contest kat Twitter untuk orang ramai buat fan art cover buku2 beliau yang dah sedia ada, and then pemenang yang terpilih akan dapat hadiah. Entah apa entah hadiah dia, aku tak ambik pot sangat. Anyway, salah satu pemenang yg dipilih tu telah buat kaver untuk Mental. Hihi. Cute cover dia. Korang tengoklah ni. Comey, kan? So di sini aku nak ambik kesempatan utk ucapkan syabas la kepada pemenang. Semoga anda dapat projek buat kaver buku satu hari nanti. Amin. ps: Kougar 2 sepatutnya keluar bulan ni. Tapi entahlah dah satu Malaysia laukdaun ni ha tak taulah apa jadik dengan buku aku, Kita nantikan je la dengan penuh sabar. Semoga dipermudahkan. Beberapa hari sudah saya ditawarkan untuk menjadi salah seorang juri untuk Sayembara Fixi untuk musim yang ketiga. Saya baru bangun tidur waktu itu dan dalam terpisat-pisat itu saya bagi persetujuan kerana saya yakin saya mampu melakukannya.
Saya berharap tindakan saya itu tepat dan akan mendapat manuskrip yang bagus-bagus daripada adik-adik penulis yang saya yakin ada ribuan cetusan cerita baru untuk dikongsi. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis dan memenangi hadiah yang ditawarkan, kalian boleh klik link di bawah untuk mendapatkan butir-butir penyertaan dengan lebih lanjut. Dan kepada siapa yang tak berminat menulis pula, tapi mahu menyebarkan utusan ini sehingga ke cakerawala, bolehlah kongsi link di bawah kepada teman dan rakan taulan tanpa rasa malu. Sama-sama kita menjadikan Sayembara Fixi Musim Ketiga ini lebih meriah daripada yang sebelumnya. Bismillah. Klik di sini: Sayembara Fixi 3 ![]() Hi Guys! First entry in 2021. Dah seminggu di tahun baru dan sama seperti tahun sebelumnya, tahun ini juga penuh dengan kecelakaan, bukan? Bertabahlah. Saya sendiri dah taktau nak cakap apa lagi yg berlaku dekat dunia ni, Mungkin betul dunia ni dah tua kerepot nak mampus tapi manusia jugak yg tak reti2 nak respek, tarah jugalah selagi apa yang ada. Sigh. Anyway, blog kali ini bukan untuk merentan. tapi nak share sesuatu. Tajuk di atas adalah sebuah certot yang ditulis untuk Teh Hari Rabu oleh saya bersama Buku Fixi. Katanya setiap Rabu, Fixi akan terbitkan satu certot untuk korang baca di laman Twitter dan FB beliau. Setiap certot ditulis oleh penulis2 Buku Fixi yang masih aktif, dan untuk keluaran yg pertama, certot saya yang dipilih. Saya tak perasan sebenarnya sebab Fixi tak tag saya dan saya nampak dah ada pemenang lain so saya ingat saya tak dapat. Huhuhuhu. Rupa2nya ada bonus (2 pemenang) untuk keluaran yang sulung. OKlah, tak mau tulis panjang2. Izinkan saya kongsikan certot itu di bawah untuk kalian. Selamat membaca dan semoga terhibur. DI SEBUAH LORONG GELAP oleh: Shaz Johar “Malam tadi aku mimpi setan muka macam Lisa Manoban,” kata Malek ketika semua orang sedang leka bermain telefon bimbit. Hurairah jadi orang pertama yang ketawa besar sebelum diikuti oleh Redha yang baru menarik kerusi untuk duduk. Bani waktu itu sedang bergaduh dengan kekasihnya dalam talian. “Apa yang Lisa cakap?” tanya Hurairah. “Dia kata antara kita berempat, sorang akan jadi pembunuh malam ni,” jawab Malek. “Pembunuh?” Bani yang baru menamatkan perbualannya di telefon, menunjukkan minat. Redha tergeleng-geleng. “Ada dia kata siapa yang kena bunuh?” celah Hurairah. Malek mengangkat bahu. “Tak ada pulak. Tapi dia ada bagi aku hint kat mana benda tu akan berlaku.” “Mana?” tanya Bani. “Di sebuah lorong gelap.” Mereka berempat memandang ke jalan yang penuh sesak di depan. “Huh! Dah sah-sahlah kerja kau!” jerkah Redha tiba-tiba. “Kau tabur minyak lagi kat tengah jalan, kan?!” tuduhnya sambil menuding keras tepat ke batang hidung Malek. Malek menepis. “Sejak bila pulak kau percaya dengan mimpi ni semua, Redha? Azam tahun baru kau nak percaya balik dekat benda-benda khurafat ke?” Redha menjatuhkan tangannya. Bani ketawa. “A ah, Redha. Kenapa kau tiba-tiba cuak sangat? Ke kau yang nak bunuh KERJAYA seseorang malam ni?” “Apa kau merepek?” Redha merungut. “Bukan ke kau ada simpan gambar drag sorang PU? Entah-entah maksud mimpi Malek tu bukannya kat mana, tapi siapa yang akan jadi mangsa malam ni? Sorang PU yang dulunya bekas pondan lorong...” “Nonsense,” Redha merungut. “Kalau pondan lorong, PL… hmmm...” Hurairah mengurut dagu. “Atau mungkin kau yang bakal jadi pembunuh tu, Bani?” soal Hurairah pula, cuba mengalihkan perhatian kepada orang lain. Bani mencebik. “Aku pulak?” “Ya lah, kaukan baru break up dengan girlfriend kau tadi? So mungkin kau yang akan bunuh dia sekejap lagi? Dia mungkin akan ambil lorong gelap dalam hidup dia dengan membunuh diri disebabkan kau?!” “Mulut kau...” Bani melempang angin, dekat dengan mulut rakannya itu. Hurairah mengelak. “Tapi aku rasa bukan aku. Aku rasa kau yang akan jadi pembunuh tu...” Dahi Hurairah berkerut. “Kenapa aku pulak?” “Sebab kau terlibat dalam Macau scam. Kalau aku bagitau polis, hidup kau akan merana dan ikut logik kau sendiri, kau yang akan ambil lorong gelap dalam hidup kau dengan bunuh diri. Kan? Amacam? OK tak teori aku?” Hurairah menelan liur. “Sejak bila kau jadi scammer ni, Hurai?!” tanya Malek dengan muka jijik. “Sejak kau buat affair dengan girlfriend Bani!” balas Hurairah. Malek tercengang. “Kau ingat aku akan bodoh-bodoh percaya girlfriend Bani tu pakai niqab sebab dia nak berhijrah? Bukan ke korang berdua dah kantoi? Tak gitu, Redha?” sindir Hurairah sambil mengesat bibir. Baru beberapa hari sudah Redha ada mengadu padanya yang Malek dan teman wanita Bani telah ditangkap khalwat sewaktu berdua-duaan di dalam kereta di sebuah lorong gelap. Malek memandang Redha dengan bengis. Bani yang tadi tersengih, menjeling tajam pula kepada Malek. “Kau kena tangkap basah dengan girlfriend aku? Aku bagi gambar PU tu kat Redha sebab selama ni aku mati-mati ingat dia yang cuba hancurkan hubungan kita orang!” Redha meneguk air lagi. “Aku tak ada kena-mengena dalam cerita ni, OK?!” “Of course kau ada kena-mengena dalam cerita ni! Sebab PU tu nak expose kilang kau yang jual bangkai kangaru itulah yang buat aku sanggup tolong kau! Kenapa kau rahsiakan perkara ni daripada aku?!” Masing-masing terdiam. Tiada langsung jeritan selamat ketika detik 12 tengah malam menjengah masuk. Tiada percikan bunga api pun di langit. “Kau orang nak tau apa lagi yang Lisa Manoban cakap dalam mimpi tu?” tambah Malek tak lama kemudian. ![]() Hai semua!! Shaz Johar kembali bersiaran. Semalam genap usia saya 43 tahun. Ya, saya tau anda semua terkejut. LOL. Sudah 43 tahun saya muncul dalam dunia ini tapi mengapa wajah saya masih lagi tidak dimamah usia? Apakah rahsia saya mengekalkan kulit anjal dan berseri? LOL. Ha, kawan2 yang ingin nak tau rahsianya jangan khawatir. Jawapannya cukup mudah. Hanya dengan berdoa kepada Tuhan yang maha esa tanpa henti. Percayalah, jika kita sentiasa berdoa kepada Tuhan, lama2 Tuhan akan fed up dengan doa kita dan akan makbulkan doa kita seperti yang kita mahu. Try. Anyway, apa yang saya sudah kecapi selama 5 decades, 2 centuries and 2 millennia saya hidup di dalam bumi yang fana ini agaknya, ya? Hmmm... macam-macam sebenarnya. Kita mulakan blog ini dengan musibah buruk di bulan Januari dulu. Awal Januari dulu, ibu saya (Mak) telah pulang ke tanah abadi membawa bersama kisahnya jauh-jauh dari hidup kami semua. Jika difikir-fikirkan semula, ada bagusnya Tuhan menarik usia Mak di kala Covid masih belum sempat terus menyerang. Setidak-tidaknya ada juga masa saya dekat meneman Mak pada hari2 terakhir sebelum dia pergi. Ada juga peluang saya duduk bersama Mak dalam perjalanannya ke kubur. Dulu saya janji dengan dia yang kita akan balik kampung sama2 bila sakitnya baik dan saya dapat cuti, dan nampaknya Tuhan bagi saya rezeki untuk kotakannya pada hari itu. Cuma dalam perjalanan saya siang itu, saya betul2 rasa sunyi. Bulan Februari saya ke US untuk melawat keluarga di belah sana pula. Sengaja saya ambil masa untuk lupakan apa yang telah berlaku di Kuala Lumpur dengan berlari jauh ke dunia lain. Lagipun sudah lama juga saya tidak terbang ke Amerika, kali terakhir tahun 2015. Sewaktu di sana, saya dan keluarga ambil kesempatan untuk meraikan Christmas bersama-sama sekali lagi, kali ini sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Saya tak tahu bagaimana mahu membalas kasih sayang mereka itu. Percutian saya tak lama kerana saya pulang pada bulan Mac, beranggapan mahu meraikan PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) bersama rakan pembaca di sini. Malangnya, Covid-19 telah mula menyerang memusnahkan segala impian dan harapan yang telah saya atur. Entah kenapa virus ini iri dengan kegembiraan kecil yang saya hadapi, saya pun kurang pasti. Mungkin kerana saya jenis yang mudah terleka atau riak ketika di waktu senang. Tak mengapalah, katanya vaksin telah pun dijumpa orang jadi harap2nya dengan 2021 yang bakal menjengah sehari dua lagi ini, segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Justeru, saya tidak boleh membiarkan hidup saya tersekat atau terpuruk rasa ingin mati atas segala yang berlaku. Saya harus tetap gigih bekerja dan menulis kerana masih ada kantung (walaupun kecil tapi buncit sedikit) yang perlu diisi. Saya juga ada sekumpulan kecil pembaca yang menunggu atau bertanya-tanya tentang karya2 saya. Apatah lagi saya punya kawan2 dan kenalan yang sentiasa membuat saya tersenyum dengan celoteh dan keletah mereka yang unik. Terima kasih pada segala ucapan selamat ulang tahun kalian tadi. Berjanjilah jangan berhenti mewarnai hari2 saya tanpa secolet warna pun yang kurang. Wow! Panjangnya celoteh kali ni. Anyway (sekali lagi), peringatan kepada semua. Pada peminat buku yang terlepas pandang, ingin saya beritahu novel terbaru saya, SUMPAH, telah diterbitkan lewat bulan Jun lalu dan kalian boleh mendapatkannya di Kedai Fixi Kuala Lumpur. Selain itu, pada pertengahan Februari dulu pula, sebuah buku kecil nukilan saya (dicetak dalam bahasa Rumi dan Jawi) berjudul SELOKA ANAK RANTAU juga telah diterbitkan dan dijual di kedai yang sama. Kalian boleh buat belian secara online di laman Kedai Fixi atau Shopee atau datang terus saja ke kedai itu di Sunway Putra jika mahu. Terima kasih. Manakala ini ada satu lagi berita yang paling penting yang saya ingin saya kongsikan kepada semua: Khas kepada pembaca karya2 Shaz Johar, di sini saya ada kepilkan sebuah hadiah untuk kalian sebagai tanda appresiasi atas segala sokongan yang dihulur tanpa jemu sejak 2011 sehingga kini. Saya tak punya cara lain untuk buat kalian gembira, jadi saya harap kalian senang membaca cerpen ini sepertimana saya senang menulisnya. Klik di sini untuk baca: LUMPUR Dan sebarkanlah cintanya hingga ke cakerawala. Amin. Luv, Shaz Johar. Bekas Penulis Simbol Seks. Berikut adalah siri interview yang dijalankan oleh team Untitled dan disiarkan di laman web beliau pada 31 Julai lepas.
Salam sejahtera buat warga Untitled.! Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang menyambut. Pada 20 Julai 2020 yang lalu, Untitled telah mengadakan BlogTwit Tour bersama Sumpah oleh Shaz Johar dan dianjurkan bersama Fixi. Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan penerbit buku lokal yang sememangnya dikenali ramai pembaca di Malaysia. BlogTwit Tour akan berakhir pada hari ini. Dan sebagai penutup Tour, Untitled. ingin berkongsi sesi temu bual bersama Shaz Johar. Tanpa membuang masa, berikut adalah soalan-soalan yang telah diajukan kepada penulis berserta jawapan daripada beliau: Untitled: Mengapakah anda ingin menjadi seorang penulis? Shaz Johar: Kerana saya suka bercerita. Dalam hidup ini kita hanya berpandukan pada kisah-kisah dan teladan. Jika tiada penulis, siapa lagi yang mahu menceritakannya? UBC: Bilakah anda membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis? SJ: Sejak saya berumur 16 atau 17 tahun. Ketika saya menulis untuk suka-suka dan rakan sekelas gemar membaca apa yang saya tulis. Saya kira waktu itu saya punya sedikit bakat. UBC: Bagaimanakah anda membahagikan masa dalam dunia penulisan dengan rutin harian atau pekerjaan anda? SJ: Saya tidak punyai masa yang khusus tetapi sejujurnya saya lebih gemar menulis pada waktu malam setelah semesta sunyi kerana waktu itu lebih banyak idea yang datang tanpa gangguan. Jika saya mempunyai tugasan lain, seperti mengedit atau menterjemah, saya akan lakukan tugasan yang diberikan itu terlebih dahulu kerana itu tanggung jawab. Sesudah target saya bekerja untuk hari itu selesai, baru saya akan beri tumpuan pada menulis pula. UBC: Apakah perkara yang paling anda gemari sebagai seorang penulis? SJ: Untuk menjadi penulis yang baik saya perlu banyak membaca dan menghargai setiap satu kejadian Tuhan. UBC: Siapakah inspirasi anda apabila menulis sesuatu cerita? SJ: Alam dan masyarakat sekeliling. Saya gemar keluar berjalan untuk menerokai pengalaman baru dan membongkar isi ceritanya. UBC: Dari manakah datangnya idea untuk menulis Sumpah? SJ: Daripada kisah seorang lelaki yang mengahwini anak gadis bawah umur yang saya baca di surat khabar Malaysia. Nama Lela Palatute saya dapat dari lagu Pala Tute (nyanyian Gogol Bordello) yang saya dengar sewaktu berada di dalam kereta api di Romania. Nama Paloma pula saya dapat daripada lagu Cucurucucu Paloma (nyanyian Caetano Veloso), antara lagu cinta paling sedih dan romantis yang pernah saya dengar. Mungkin ada masa-masanya pembaca akan dibawa dalam penulisan yang matang atau mendengar suara POV yang matang, tujuannya kerana saya menulis kisah ini dari sudut pandangan seorang gadis bawah umur yang tanpa sedar telah menjadi dewasa sebelum waktunya. UBC: Berapa lamakah masa yang diambil untuk menulis Sumpah? SJ: Proses keseluruhan, daripada draf pertama sehingga buku terbit, mengambil masa selama setahun. UBC: Apakah yang anda harap dapat dicapai dengan menulis buku ini? SJ: Agar pembaca mendapat kepuasan dan faham tentang keburukan perkahwinan bawah umur. UBC: Projek terbaru selepas Sumpah? SJ: Masih di dalam proses awal tetapi ingin saya maklumkan bahawa saya sedang menulis sambungan novel pertama saya, Kougar. Jika ada rezeki dan kesempatan, dapatlah kita membaca apa yang terjadi pada Kisha 10 tahun selepas novel pertama diterbitkan. UBC: Mungkin ramai yang bercita-cita untuk jadi macam anda. Tips yang anda boleh berikan kepada mereka yang ingin menceburi bidang penulisan? SJ: Terus berlatih menulis tanpa henti dan banyakkan membaca. Ramai penulis yang saya kenal/tahu lebih suka menulis tetapi tidak berapa gemar membaca. Aneh. Sekian sahaja temu bual bersama Shaz Johar. Semoga dengan jawapan yang diberikan sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua. TENTANG PENULIS Shaz Johar dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau bekerja di sebuah bank. Novel pertama beliau ialah Kougar yang diterbitkan pada tahun 2011 dan telah memenangi Selangor Young Talent Award di bawah kategori Best Malay Novel. Seterusnya beliau telah menulis TABU dan diterbitkan pada tahun 2011 dan MENTAL pada tahun 2012. Instagram Shaz Johar || Twitter Shaz Johar Untitled. sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Shaz Johar kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk menjawab soalan-soalan temu bual ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga kepada FIXI dalam menjayakan BlogTwit Tour bersama Sumpah oleh Shaz Johar. Diharapkan agar penulis terus menghasilkan karya yang unik pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi atas kelahiran buku Sumpah terbitan FIXI. Ditemu bual Elvina Zafril Ditulis oleh Elvina Zafril Gambarajah di bawah menunjukkan proses pembikinan kaver novel terbaru saya, SUMPAH. Ia disulam dengan penuh kasih sayang oleh perekanya, Jesse Joy, sebelum dicetak ke atas kulit buku. Cantik, kan?
Di dalam gambar, pereka meletakkan mangga yang dipegang oleh Lela berwarna kuning tetapi saya telah meminta penerbit untuk menukarkan warnanya kepada hijau kekuningan supaya nampak lebih cantik. Jadi jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan seni sulaman, kalian bolehlah contact Jesse Joy terus di laman FB beliau. Terima kasih! Hai semua, dah alang2 update blog tu masukkanlah story ni sekali.
Di atas adalah antara karya yang terhasilkan sepanjang saya bergiat sebagai anak seni. Terima kasih atas segala sokongan yang tidak pernah surut malah saban tahun makin mekar ibarat kuntuman bunga yang tersenyum pada mentari selepas hujan daripada kalian semua. Demi kalian juga minat dan kerjaya, sudah banyak onak dan duri yang saya rempuh, titian kecil dan berliku yang saya redah dan sungai-sungai jahanam yang saya renangi. Semoga semangat ini tidak lelah untuk terus menulis dan membahagiakan kalian, seperti semesta yang tidak jemu menumpahkan keindahannya kepada saya. Amin. Ps: Insya Allah, tahun depan kita keluarkan Kougar:2 pula. |
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |