Beberapa hari sudah saya ditawarkan untuk menjadi salah seorang juri untuk Sayembara Fixi untuk musim yang ketiga. Saya baru bangun tidur waktu itu dan dalam terpisat-pisat itu saya bagi persetujuan kerana saya yakin saya mampu melakukannya.
Saya berharap tindakan saya itu tepat dan akan mendapat manuskrip yang bagus-bagus daripada adik-adik penulis yang saya yakin ada ribuan cetusan cerita baru untuk dikongsi. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis dan memenangi hadiah yang ditawarkan, kalian boleh klik link di bawah untuk mendapatkan butir-butir penyertaan dengan lebih lanjut. Dan kepada siapa yang tak berminat menulis pula, tapi mahu menyebarkan utusan ini sehingga ke cakerawala, bolehlah kongsi link di bawah kepada teman dan rakan taulan tanpa rasa malu. Sama-sama kita menjadikan Sayembara Fixi Musim Ketiga ini lebih meriah daripada yang sebelumnya. Bismillah. Klik di sini: Sayembara Fixi 3
0 Comments
Hi Guys! First entry in 2021. Dah seminggu di tahun baru dan sama seperti tahun sebelumnya, tahun ini juga penuh dengan kecelakaan, bukan? Bertabahlah. Saya sendiri dah taktau nak cakap apa lagi yg berlaku dekat dunia ni, Mungkin betul dunia ni dah tua kerepot nak mampus tapi manusia jugak yg tak reti2 nak respek, tarah jugalah selagi apa yang ada. Sigh. Anyway, blog kali ini bukan untuk merentan. tapi nak share sesuatu. Tajuk di atas adalah sebuah certot yang ditulis untuk Teh Hari Rabu oleh saya bersama Buku Fixi. Katanya setiap Rabu, Fixi akan terbitkan satu certot untuk korang baca di laman Twitter dan FB beliau. Setiap certot ditulis oleh penulis2 Buku Fixi yang masih aktif, dan untuk keluaran yg pertama, certot saya yang dipilih. Saya tak perasan sebenarnya sebab Fixi tak tag saya dan saya nampak dah ada pemenang lain so saya ingat saya tak dapat. Huhuhuhu. Rupa2nya ada bonus (2 pemenang) untuk keluaran yang sulung. OKlah, tak mau tulis panjang2. Izinkan saya kongsikan certot itu di bawah untuk kalian. Selamat membaca dan semoga terhibur. DI SEBUAH LORONG GELAP oleh: Shaz Johar “Malam tadi aku mimpi setan muka macam Lisa Manoban,” kata Malek ketika semua orang sedang leka bermain telefon bimbit. Hurairah jadi orang pertama yang ketawa besar sebelum diikuti oleh Redha yang baru menarik kerusi untuk duduk. Bani waktu itu sedang bergaduh dengan kekasihnya dalam talian. “Apa yang Lisa cakap?” tanya Hurairah. “Dia kata antara kita berempat, sorang akan jadi pembunuh malam ni,” jawab Malek. “Pembunuh?” Bani yang baru menamatkan perbualannya di telefon, menunjukkan minat. Redha tergeleng-geleng. “Ada dia kata siapa yang kena bunuh?” celah Hurairah. Malek mengangkat bahu. “Tak ada pulak. Tapi dia ada bagi aku hint kat mana benda tu akan berlaku.” “Mana?” tanya Bani. “Di sebuah lorong gelap.” Mereka berempat memandang ke jalan yang penuh sesak di depan. “Huh! Dah sah-sahlah kerja kau!” jerkah Redha tiba-tiba. “Kau tabur minyak lagi kat tengah jalan, kan?!” tuduhnya sambil menuding keras tepat ke batang hidung Malek. Malek menepis. “Sejak bila pulak kau percaya dengan mimpi ni semua, Redha? Azam tahun baru kau nak percaya balik dekat benda-benda khurafat ke?” Redha menjatuhkan tangannya. Bani ketawa. “A ah, Redha. Kenapa kau tiba-tiba cuak sangat? Ke kau yang nak bunuh KERJAYA seseorang malam ni?” “Apa kau merepek?” Redha merungut. “Bukan ke kau ada simpan gambar drag sorang PU? Entah-entah maksud mimpi Malek tu bukannya kat mana, tapi siapa yang akan jadi mangsa malam ni? Sorang PU yang dulunya bekas pondan lorong...” “Nonsense,” Redha merungut. “Kalau pondan lorong, PL… hmmm...” Hurairah mengurut dagu. “Atau mungkin kau yang bakal jadi pembunuh tu, Bani?” soal Hurairah pula, cuba mengalihkan perhatian kepada orang lain. Bani mencebik. “Aku pulak?” “Ya lah, kaukan baru break up dengan girlfriend kau tadi? So mungkin kau yang akan bunuh dia sekejap lagi? Dia mungkin akan ambil lorong gelap dalam hidup dia dengan membunuh diri disebabkan kau?!” “Mulut kau...” Bani melempang angin, dekat dengan mulut rakannya itu. Hurairah mengelak. “Tapi aku rasa bukan aku. Aku rasa kau yang akan jadi pembunuh tu...” Dahi Hurairah berkerut. “Kenapa aku pulak?” “Sebab kau terlibat dalam Macau scam. Kalau aku bagitau polis, hidup kau akan merana dan ikut logik kau sendiri, kau yang akan ambil lorong gelap dalam hidup kau dengan bunuh diri. Kan? Amacam? OK tak teori aku?” Hurairah menelan liur. “Sejak bila kau jadi scammer ni, Hurai?!” tanya Malek dengan muka jijik. “Sejak kau buat affair dengan girlfriend Bani!” balas Hurairah. Malek tercengang. “Kau ingat aku akan bodoh-bodoh percaya girlfriend Bani tu pakai niqab sebab dia nak berhijrah? Bukan ke korang berdua dah kantoi? Tak gitu, Redha?” sindir Hurairah sambil mengesat bibir. Baru beberapa hari sudah Redha ada mengadu padanya yang Malek dan teman wanita Bani telah ditangkap khalwat sewaktu berdua-duaan di dalam kereta di sebuah lorong gelap. Malek memandang Redha dengan bengis. Bani yang tadi tersengih, menjeling tajam pula kepada Malek. “Kau kena tangkap basah dengan girlfriend aku? Aku bagi gambar PU tu kat Redha sebab selama ni aku mati-mati ingat dia yang cuba hancurkan hubungan kita orang!” Redha meneguk air lagi. “Aku tak ada kena-mengena dalam cerita ni, OK?!” “Of course kau ada kena-mengena dalam cerita ni! Sebab PU tu nak expose kilang kau yang jual bangkai kangaru itulah yang buat aku sanggup tolong kau! Kenapa kau rahsiakan perkara ni daripada aku?!” Masing-masing terdiam. Tiada langsung jeritan selamat ketika detik 12 tengah malam menjengah masuk. Tiada percikan bunga api pun di langit. “Kau orang nak tau apa lagi yang Lisa Manoban cakap dalam mimpi tu?” tambah Malek tak lama kemudian. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |