Gambarajah di bawah menunjukkan proses pembikinan kaver novel terbaru saya, SUMPAH. Ia disulam dengan penuh kasih sayang oleh perekanya, Jesse Joy, sebelum dicetak ke atas kulit buku. Cantik, kan?
Di dalam gambar, pereka meletakkan mangga yang dipegang oleh Lela berwarna kuning tetapi saya telah meminta penerbit untuk menukarkan warnanya kepada hijau kekuningan supaya nampak lebih cantik. Jadi jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan seni sulaman, kalian bolehlah contact Jesse Joy terus di laman FB beliau. Terima kasih!
0 Comments
Hai semua, dah alang2 update blog tu masukkanlah story ni sekali.
Di atas adalah antara karya yang terhasilkan sepanjang saya bergiat sebagai anak seni. Terima kasih atas segala sokongan yang tidak pernah surut malah saban tahun makin mekar ibarat kuntuman bunga yang tersenyum pada mentari selepas hujan daripada kalian semua. Demi kalian juga minat dan kerjaya, sudah banyak onak dan duri yang saya rempuh, titian kecil dan berliku yang saya redah dan sungai-sungai jahanam yang saya renangi. Semoga semangat ini tidak lelah untuk terus menulis dan membahagiakan kalian, seperti semesta yang tidak jemu menumpahkan keindahannya kepada saya. Amin. Ps: Insya Allah, tahun depan kita keluarkan Kougar:2 pula. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |