MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Borak Santai

1/27/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Semalam (pagi tadi di Malaysia) berlangsung sesi borak santai antara saya dengan E-Sentral sebuah portal e-book yang terkenal di IG Live mereka. Sesi berlangsung jam 10am 27 Jan KL time yakni 9pm 26 Jan di tempat saya berada kini (saya kini berada di Florida, USA) tetapi atas sebab2 teknikal, ia bermula lewat sedikit daripada yang dirancang. 

Awalnya, saya menyangkakan tiada siapa yang mahu masuk kerana masih awal pagi di Malaysia dan hari Khamis pula, tapi alhamdulillah nampaknya ramai juga yang sudi mendengar saya berceloteh di pagi hari. 

Terima kasih kepada E-Sentral yang sudi memanggil saya untuk menjadi tetamu mereka kali ini (katanya yang pertama di IG Live) dan juga kepada semua yang menonton. Kepada mereka yang ingin menonton semula atau yang terlepas, kalian boleh ke IG E-Sentral di ​https://www.instagram.com/esentral_my/ untuk melayari video penuh. Jangan lupa juga dapatkan buku2 saya di E-Sentral  (kalau yang berminat untuk membeli ebook) atau di Buku Fixi dan toko2 buku berdekatan anda. 

ps: Oh ya, kalian juga boleh dapatkan buku kecil ini di Shopee Buku Fixi dengan harga yang murah sebab Fixi kata mana yang tak habis akan dilupuskan. Buku ini ditulis dalam dua aksara, rumi dan jawi, menceritakan tentang kehidupan anak tempatan di bumi Eropah. 
​
Picture
0 Comments

Top 20 di Kedai Fixi untuk tahun 2021

1/4/2022

0 Comments

 
Kougar2, Aku dan Sumpah berada dalam senarai. Alhamdulillah. Nampaknya, setelah sedekad menjadi penulis, kalian masih lagi tak jemu2 memberi sokongan. Saya harap semoga kerjasama ini terus berkekalan sampai bila-bila. 

Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa, tenaga dan wang (ini yang paling penting) di sepanjang tahun lepas untuk beli buku saya dan rakan2. Terima kasih kepada Fixi yang masih mahu terbitkan buku2 yang saya tulis. Terima kasih kepada Tuhan kerana bagi saya kesihatan supaya dapat terus menulis. Dan tentunya, terima kasih kepada dunia kerana bagi saya idea.

​Jasamu dikenang.

Picture
Picture
0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz