Endlich finde ich Zeit zu schreiben. LOL. Tetibe je mukadimah dlm bahasa Jerman. Anyway, nak tulis blog, nak beritahu yg buku ke 10 saya akhirnya telah dipublish dan telah pun dijual semasa Pesta Buku last week. Judulnya Aku, ceritanya tentang seorang lelaki berusia 40an bernama Ghazi yang baru kematian isteri dan telah bertemu semula dengan kekasih pertamanya, Danial. Sepanjang novel 300++ muka surat ini anda akan didedahkan dengan kisah2 kasih sayang Ghazi kepada anak, isteri, ibu, nenek, teman lelaki, abang angkat, kawan2, dunia dan Tuhan sejak dia kecil sehingga dia menjadi lelaki dewasa. Saya tulis naskhah kerdil ini khas buat anda semua dan saya berharap agar selepas membaca novel ini, kasih sayang kita kepada semua juga makin mekar dan mewarnakan. Kepada yang sudah membaca, bolehlah turunkan review di Goodreads atau di mana2 laman blog anda (dan pls tag me, ya?) agar saya boleh perbaiki dan hasilkan novel yang lebih baik lagi. Kepada yg baru ingin cuba membaca buku2 Shaz Johar, selamat datang dan semoga perkenalan ini menjamu impian anda. Sedikit info: selepas PBAKL, buku ini hanya akan dijual di toko-toko buku seluruh negara cuma selepas Hari Raya Haji. Jadi buat sementara waktu ini, anda boleh mendapatkan Aku di Kedai Fixi atau WhatsApp saja mereka di nombor 01123651972 untuk belian secara online. Terima kasih, OK, tu aje nak tulis. Sebagai penutup blog, di bawah ada saya sertakan beberapa keping gambar di sepanjang PBAKL berlangsung. Kepada yang sanggup bersesak, berpanas, berhujan, berhimpit, kena raba (kot?), jumpa jodoh (kot?), gaduh dgn orang lain, carik anak hilang, carik laki hilang, dan lain2, terima kasih atas sokongan anda. Tanpa ada semua, takkan Shaz Johar dan rakan2 penulis dan penerbit buku yg lain mampu berdiri dengan penuh gaya sebegini. Assalamualaikum.
0 Comments
|
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |