MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Selamat Tahun Baru

12/31/2022

0 Comments

 
Picture
Ketika entry ini ditulis, saya masih lagi berada di USA bersama keluarga di sini. 

Pagi tadi bumi Florida dilanda rintik-rintik hujan ketika saya dikejutkan dengan dua berita. Satu, ibu saya dihantar ke hospital atas masalah kesihatan dan kedua saya dapat text daripada bos Fixi, bos kesayangan semua, tentang kemenangan saya memperolehi tiket ke Jepun pada tahun depan.

Untuk semua yang tertinggal bas, 13 Disember lalu Amir Muhammad (bos Fixi) ada mewar-warkan di laman Facebook yang beliau mahu menaja seorang karyawan ke Jepun bagi menghasilkan produk di sana.

Saya pula kebetulan sedang merangka-rangka karya baru untuk pasaran 2024/25 yang berkait rapat dengan api dendam dan kemarahan so kenalah dengan timing post FB tu keluar, kan? Kan? Kan?

Lucu. Awalnya saya tak terfikir pun mahu menulis manuskrip ini berlokasikan Jepang tetapi bila Fixi dah tanya macam tu kat FB, saya pun terfikir, why not. Kebetulan pula (kebetulan lagi) sekitar bulan Oktober di Jepun memang ada pesta api (Kurama Fire Fest) jadi apa salahnya kalau saya set kan kisah saya di sana. Plus, sepanjang saya hidup, saya belum pernah jejakkan kaki lagi di Jepun, jadi ini akan jadi pengalaman baru untuk saya juga. Yay!

Saya harap pilihan mereka ini berbaloi kerana kalau novel saya siap dan diterbitkan ini bermakna novel ini akan menjadi novel yang ke 13 kami bersama. Untuk makluman semua, novel yang ke 12 baru je saya hantar kelmarin bertajuk TUALANG (working title, maksudnya mungkin tajuk akan diubah).

Novel ini saya tulis sejak tahun lepas dan telah melalui bermacam-macam lapisan suntingan semata-mata untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ia berkisar tentang kisah 5 insan yang ingin mengubah masa depan dan silam mereka di satu bandar kecil bernama Tualang.

Ada pecahan kepada 5 bahagian dalam novel ini kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai POV mereka sendiri. Ini cubaan pertama kali juga saya menulis novel sebegini jadi saya harap setiap karakter mempunyai suara yang berbeza.

Seperti biasa, jika ada rezeki dapatlah kita bersama meraikan novel ni nanti di PBAKL 2023. Insya Allah, saya mungkin akan berada di KL waktu itu. Jika tidak, kita berjumpa sajalah di alam maya.

OK, itu saja entri untuk kali ini. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada kalian semua walau di mana jua anda berada dan terima kasih kerana masih terus mahu menjadi penggemar karya2 saya dan penggemar saya juga (eh?).

Ayuh kita tinggalkan 2022 dengan senyuman dan semoga 2023 terus laju membawa kita berlari lebih tinggi dengan gagah berani!

Bismillah.

ps: dua hari lepas saya baru saja menyambut hari lahir. Secara peribadi saya anggap hadiah ke Jepun ini juga sebagai salah satu hadiah hari lahir buat saya. Terima kasih Amir Muhammad dan Buku Fixi. Jasamu dikenang!!

Picture
0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    April 2026
    December 2025
    May 2025
    December 2024
    September 2024
    August 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz