Hi guys, Untuk sesiapa yang belum maklum, I'm pleased to announce the 3rd installment of "Nota" series dgn tajuknya, whatelse, Nota:3. Huhu. Saya takkan mention too many details of the book since belum keluar di pasaran lagi. Ia akan dilancarkan pada 29 April hingga 9 Mei 2017 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC. Saya akan berada di sana pada 6 dan 7 Mei, insya Allah, so kita boleh jumpa untuk beramas mesra nanti, OK? Kaver kali ini nota atas air pulak. Apa kena-mengenanya dgn the whole story? Yang tu, korang kena bacalah sendiri. Dan ini sedikit sinopsis yang ada di belakang buku: “Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha.” – Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri. Kepada yg berminat untuk membaca bab 1 dan 2 pula, bolehlah layari akaun Wattpad Buku Fixi di SINI. Akhir kata, thank you all so much for the continued support and love. Saya sangat2 menghargainya! Shaz out.
0 Comments
|
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |