Curik2 masa nak update blog jap. Seperti yg dijanjikan dlm entry lepas, entry kali ini aku nak cerita pasal Makassar International Writers Festival 2017 plak. Aku telah diundang oleh Buku Fixi dan team MIWF2017 untuk memeriahkan majlis ini dari 17-20 May lepas bersama dua orang lagi rakan penulis dari Malaysia, Ridhwan Saidi dan Lukman Hakim. Sepanjang festival berlangsung, aku cuma ada sesi bertemu dengan pelajar uni (UIN Alauddin) utk membincangkan topik Democracy Today: Perspectives from Malaysian Writers dlm slot MIWF Goes to Campus pada hari ketiga. Selebihnya, aku banyak menjadi pemerhati, mengutip segala ilmu yg ada, berkenal2an dengan karyawan dan juga wakil seni dari negara2 lain. Walaupun aku dah boleh dikira banyak merantau serata dunia, pengalaman yg aku kutip dari MIWF ni boleh dikatakan sesuatu yg baru. Aku dapat belajar bagaimana terbukanya sikap orang2 Indo dan negara luar dlm memperjuangkan karya mereka. Bagaimana penerimaan anak2 di uni tentang sesuatu karya itu tidak seharusnya terkongkong dalam satu genre saja dan bagaimana mereka mempersembahkan bakat/karya mereka dengan begitu baik sekali. Sesuatu yg aku rasa masih terlalu jauh utk aku ikut sama berlari. Tapi tak apalah, at least aku yakin yg aku masih terus mengorak langkah. Walaupun tercungap-cungap, yang pentingnya, aku takkan berhenti. Jangan berhenti. Gitu. Di bawah ada gambar2 yg sempat aku simpan buat kenang2an. Insya Allah, ada kelapangan mungkin aku akan ke sana lagi. ps: aku baru dapat undangan daripada Asian Literary Festival 2017 di Jakarta utk menyertai program residensi mereka di Jakarta pada hujung bulan ni. Nanti aku update entry nya, ya?
1 Comment
Baru ada kesempatan untuk update blog.
Sorry, been busy with work, travel, puasa and raya. Too much to do, too little time. Huhu. Anyway, finally Nota:3 berjaya jugak dilancarkan pada 29 April hingga 9 Mei 2017 (sila refer to the prev blog) yg lalu sempena PBAKL. Sambutannya alhamdulillah, memberangsangkan and so far dapat 4 bintang dlm Goodreads. Bagi sesiapa yg nak baca review sebelum beli, bolehla klik di SINI and sapa yg dah beli and nak tinggalkan review, bolehlah tulis kat sini jugak. Segala komen dan feedback anda amatlah dialu2kan. Terima kasih!!! ps: next entry akan cerita pasal Makassar International Writers Festival 2017. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |