Selamat menyambut tahun 2022 semua! Sudahkah anda mula mencatat azam baru yang bakal dilaksanakan? Atau copy paste saja azam lama yang tidak tertunai? Shaz Johar kembali lagi bersiaran dan entry blog kali ini khas didatangkan jauh dari bumi Florida, Amerika Syarikat. Bagaimana saya boleh tercampak di sini? Apakah kejutan yang cuba saya lakukan? Well, ini semua berlaku secara mengejut kerana ia tiada pun dalam perancangan asal. Niat asalnya sewaktu tinggalkan Malaysia dulu ingin bermain salji di bumi Hamburg, tapi apakan daya segala-galanya terpaksa dirombak pada saat-saat akhir. Kisahnya begini. Dua minggu lalu saya dan Kris mendapat perkhabaran tentang keadaan kesihatan ibu di sini. Ibu telah disahkan menghidap Acute Myeloid Leukemia dan perlu menjalani rawatan segera di hospital. Ketika blog ini ditulis, ibu masih lagi berada di hospital untuk menjalani rawatan chemotherapy dan rawatan-rawatan susulan selama 35 hari di sana. Dan apa yang lebih menyedihkan, kesihatan bapa di sini juga tidak menyenangkan. Bapa merupakan seorang pesakit dementia dan setelah hampir dua minggu berada di sini saya dapat lihat sendiri momen-momen ingatannya yang tiba-tiba berubah atau menyusut. Satu perkara yang membuat saya tersentuh adalah bila dia terlupa dia baru saja pulang dari melawat isterinya di hospital dan bertanya apa yang dibualkan oleh mereka berdua di situ. Hmmm... Semua pengalaman ini bagi saya amat berharga kerana ia banyak mengajar saya untuk lebih menyayangi dan menghargai setiap detik yang berlaku dalam diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling. Bercerita tentang alam, sebaik saja mendarat di bumi Amerika dua minggu lalu, saya dikejutkan pula dengan kejadian banjir besar yang menimpa tanahair. Saya rasa amat berang kerana ini bukanlah kisah baru. Ini juga bukan ujian Tuhan atas dosa dan maksiat yang kita lakukan. Ini semua kesan kerakusan tangan-tangan jahat yang telah terlalu selesa hidup berlapikkan hamparan wang-wang korupsi. Ini semua hasil kerja mereka-mereka yang haloba. Dan siapa yang jadi mangsanya? Kita, rakyat/pacal yang hina. Kepada semua mangsa yang terlibat, takziah saya ucapkan. Ini pesanan saya, jangan jadikan tabung wang simpanan hari tua anda, atau seribu ringgit, atau sekotak makanan bertampal wajah pak-mak menteri yang dihulur oleh mereka-mereka itu cukup untuk membuatkan anda alpa dan membiarkan banjir demi banjir membawa maruah anda hanyut. Ingat pada setiap lelah dan keringat yang keluar setiap kali anda menolak selut dan lumpur di rumah. Ingat pada setiap nyawa keluarga atau kenalan yang hilang. Ingat pada setiap harta yang telah tumbang dan rosak. Ingat pada setiap najis cicak dan unggas yang dibasuh menteri. Ingat pada pembesar yang hanya datang untuk mengangguk dan menunjuk. Dan ingat juga pada golongan yang sesuka hati mengambil kredit atas kerja sukarelawan lain. Ingat semua tu. INGAT! OK. Dah cukuplah tu merentah. Saya sudahi entry kali ini dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Amin. Ps: Semalam sebenarnya merupakan hari jadi saya yang ke 13A++. Kena sebut 3A sebab 4 itu maksudnya mati. LOL. Anyway, kepada semua yang telah menghulurkan ucapan selamat, saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Setiap kata-kata manis kalian itu akan saya tampal di dalam hati dan hadiah terbaik yang saya terima dalam hidup ini datangnya daripada kalian yang tidak putus-putus menyokong dan menyayangi saya seadanya. Masya Allah.
0 Comments
Hai! Shaz Johar kembali lagi dengan blog entry terbaru.
Bulan December memang sentiasa menjadi bulan kegembiraan buat diri saya. Bulan Krismas penuh hadiah, bulan kelahiran saya juga. Dan apa yang menambahkan lagi kegembiraannya adalah bulan ini saya berada jauh di Eropah sambil membalut tubuh dengan selimut dari bulu alpaca dan menikmati musim luruh yang dingin. Ya, setelah hampir dua tahun terpuruk di bumi Malaysia, akhirnya lepas juga saya ke sini beberapa minggu yang lalu. Perjalanan saya dengan menaiki KLM berjalan dengan lancar. Walaupun lebih banyak urusan dokumen yang perlu diselenggarakan sebelum terbang (berbanding zaman sebelum Covid), tapi alhamdulillah semuanya teratur dan pantas. Oh ya, pegawai imigresen ucap, "Terima Kasih" sewaktu mengecop passport saya. Abang tu dahlah hemsem, mixed race, jambang, shaved head, sado pulak beserta tatu penuh satu badan, jadi nikmat tuhan apa lagi yang kita nak dustakan? Ahaks! Kehidupan di sini juga so far menenangkan. Sudah lama tubuh ini tidak dihembus angin-angin dingin. Beberapa hari sudah bumi Hamburg ditimpa salji nipis dan saya jadi anak kecil yang terlebih teruja. Entahlah mungkin kerana sudah lama saya tidak menyaksikan keping-keping salju itu jatuh ke tanah dengan sayu. Mungkin ada nilai sentimental di situ yang saya saja fahami. Malangnya, salji mencair sebaik mendarat di tanah ibarat sekeping hati yang luka. Cuaca belum cukup beku untuk mereka terus kekal dan bersemadi. Mungkin jika lebih lama saya di sini, saya dapat bermain dalam timbunan salji tebal, membentuk lelaki salju yang tidak mahu dirinya dipandang enteng. Atau mungkin saya perlu panjat ke gunung mana2 jika mahu hasrat itu dikecapi. Mungkin la kalau tak lockdown. Sian. Ah, satu tips jika sesiapa yang mahu ke Eropah. Setakat blog ini ditulis, EU masih mengamalkan EU Covid Certificate Pass (ala2 MySejahtera) untuk ke tempat tertutup seperti dalam mall, offices, wayang, restoran, cafes, dan sebagainya. Pemakaian mask juga diwajibkan kecuali di tempat terbuka (macam time kau jalan2 kat luar kau pakai ke tak hukumnya makruh) dan juga sewaktu minum/makan takyahlah pakai. Unless kau nak pakai pastu gunting bahagian mulut kat mask tu, itu ikut la kreativiti atau kebangangan masing2. Akan tetapi, EU Covid Certificate Pass ni hanya untuk:
Hmmm.... so kepada tourist, apa yang perlu anda lakukan? Tunjukkan saja MySejahtera (proof dah 2x vaccinated) dan berdoa semoga orang yang periksa itu faham bahasa Inggeris. LOL. Baik. Sebelum saya mengakhiri blog ini, saya nak bagitahu tujuan blog ini ditulis sebab saya nak beritahu yang saya sedang menulis novel terbaru sebenarnya. Hihi. Cerita apa, biarlah rahsia. Saya juga baru saja habis menulis sebuah skrip filem. Dah hantar pun kepada pihak yang terlibat. Tapi sama ada diterima atau jadi ke tidak filem yang ditulis itu, itu sama2 kita doakan, OK? OK la. Itu saja buat kali ini. Semoga dapat peluang lagi untuk bertemu di entry yang akan datang! Tschuss! Dengarlah hai teman, dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama... ShazJo. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |