Baru perasan tahun ni tahun lompat. Selamat menyambut hari lahir 4 tahun sekali bagi yang menyambutnya hari ni. Entry kali ini ingin membicarakan tentang trilogi Nota. Eh, kenapa pula? Ha... dikhabarkan pihak Buku Fixi dan DanaBuku ingin menerbitkan semula trilogi ni buat kalian penggemar karya-karya novel tempatan di luar sana. TAPI ada syarat. Syaratnya trilogi ini hanya akan dicetak sekiranya mereka mencapai sasaran minimum 50 sumbangan di DanaBuku. Harga dana untuk ketiga-tiga buah buku berjumlah RM75 (je). Sila klik link ini untuk tahu cara-cara menjadi penyumbang dana. Akan tetapi, jika tak mencapai sasaran, wang yang disumbang akan dikembalikan semula dan buku takkanlah dicetak. Maka cita-cita kita semua untuk melihat ia kembali mekar di persada seni akan terkubur dan saya akan sedih. Nak ke tengok saya sedih? Kalau tak nak, cepat ke link di atas dan sebarkan cintanya hingga ke mayapada. Ya, saya tahu tarikh akhir sepatutnya hari ini dan masih jauh lagi perjalanan kita untuk berjaya. Tapi berkat usaha dan iltizam yang tinggi, tak mustahil ia akan menjadi realiti. Bak kata peserta AF satu ketika dulu, "Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Woo!" Hik. Hik. Tadi ada sesi live di FB antara saya, penulis Pesona dan Dana Buku untuk sidang promosi kempen dana buku ini. Banyak jugalah yang telah kami kongsi untuk halwa telinga pendengar. Maafkan kalau jawapan saya merapu atau suara mendesah tiba-tiba, saya baru bangun tido dan saya kalau baru bangun tidur memang persis Noreen Noor. Gambarajah di bawah merupakan momen yang sempat dirakam. ps: hari ni 5 tahun yg sudah, novel ke-10 AKU dilahirkan. Novel ni telah diharamkan tahun lepas sebab ada unsur2 LGBT. Sian. Orang kita takut naw2 dengan LGBT tapi rasuah dan scam atas nama agama tak apa pula. Huhu. Btw, saya tengah tulis novel baru dan cuba angkat jiwa yang sama daripada novel AKU ni. Kita nantikan kalau saya berjaya siapkannya, OK?
0 Comments
|
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |