MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Temu Bual Bersama Shaz Johar

8/4/2020

0 Comments

 
Picture
Berikut adalah siri interview yang dijalankan oleh team Untitled dan disiarkan di laman web beliau pada 31 Julai lepas.



Salam sejahtera buat warga Untitled.!


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang menyambut. Pada 20 Julai 2020 yang lalu, Untitled telah mengadakan BlogTwit Tour bersama Sumpah oleh Shaz Johar dan dianjurkan bersama Fixi. Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan penerbit buku lokal yang sememangnya dikenali ramai pembaca di Malaysia. BlogTwit Tour akan berakhir pada hari ini. Dan sebagai penutup Tour, Untitled. ingin berkongsi sesi temu bual bersama Shaz Johar.

Tanpa membuang masa, berikut adalah soalan-soalan yang telah diajukan kepada penulis berserta jawapan daripada beliau:


Untitled: Mengapakah anda ingin menjadi seorang penulis?

Shaz Johar: Kerana saya suka bercerita. Dalam hidup ini kita hanya berpandukan pada kisah-kisah dan teladan. Jika tiada penulis, siapa lagi yang mahu menceritakannya?

UBC: Bilakah anda membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis?

SJ: Sejak saya berumur 16 atau 17 tahun. Ketika saya menulis untuk suka-suka dan rakan sekelas gemar membaca apa yang saya tulis. Saya kira waktu itu saya punya sedikit bakat.

UBC: Bagaimanakah anda membahagikan masa dalam dunia penulisan dengan rutin harian atau pekerjaan anda?

SJ: Saya tidak punyai masa yang khusus tetapi sejujurnya saya lebih gemar menulis pada waktu malam setelah semesta sunyi kerana waktu itu lebih banyak idea yang datang tanpa gangguan.  Jika saya mempunyai tugasan lain, seperti mengedit atau menterjemah, saya akan lakukan tugasan yang diberikan itu terlebih dahulu kerana itu tanggung jawab.  Sesudah target saya bekerja untuk hari itu selesai, baru saya akan beri tumpuan pada menulis pula.

UBC: Apakah perkara yang paling anda gemari sebagai seorang penulis?

SJ: Untuk menjadi penulis yang baik saya perlu banyak membaca dan menghargai setiap satu kejadian Tuhan. 

UBC: Siapakah inspirasi anda apabila menulis sesuatu cerita?

SJ: Alam dan masyarakat sekeliling.  Saya gemar keluar berjalan untuk menerokai pengalaman baru dan membongkar isi ceritanya. 

UBC: Dari manakah datangnya idea untuk menulis Sumpah?

SJ: Daripada kisah seorang lelaki yang mengahwini anak gadis bawah umur yang saya baca di surat khabar Malaysia. Nama Lela Palatute saya dapat dari lagu Pala Tute (nyanyian Gogol Bordello) yang saya dengar sewaktu berada di dalam kereta api di Romania. Nama Paloma pula saya dapat daripada lagu Cucurucucu Paloma (nyanyian Caetano Veloso), antara lagu cinta paling sedih dan romantis yang pernah saya dengar. Mungkin ada masa-masanya pembaca akan dibawa dalam penulisan yang matang atau mendengar suara POV yang matang, tujuannya kerana saya menulis kisah ini dari sudut pandangan seorang gadis bawah umur yang tanpa sedar telah menjadi dewasa sebelum waktunya. 

UBC: Berapa lamakah masa yang diambil untuk menulis Sumpah?

SJ: Proses keseluruhan, daripada draf pertama sehingga buku terbit, mengambil masa selama setahun.  

UBC: Apakah yang anda harap dapat dicapai dengan menulis buku ini?

SJ: Agar pembaca mendapat kepuasan dan faham tentang keburukan perkahwinan bawah umur.
UBC: Projek terbaru selepas Sumpah?

SJ: Masih di dalam proses awal tetapi ingin saya maklumkan bahawa saya sedang menulis sambungan novel pertama saya, Kougar.  Jika ada rezeki dan kesempatan, dapatlah kita membaca apa yang terjadi pada Kisha 10 tahun selepas novel pertama diterbitkan. 

UBC: Mungkin ramai yang bercita-cita untuk jadi macam anda. Tips yang anda boleh berikan kepada mereka yang ingin menceburi bidang penulisan?

SJ: Terus berlatih menulis tanpa henti dan banyakkan membaca. Ramai penulis yang saya kenal/tahu lebih suka menulis tetapi tidak berapa gemar membaca. Aneh.

Sekian sahaja temu bual bersama Shaz Johar. Semoga dengan jawapan yang diberikan sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua.


TENTANG PENULIS

Shaz Johar dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau bekerja di sebuah bank. Novel pertama beliau ialah Kougar yang diterbitkan pada tahun 2011 dan telah memenangi Selangor Young Talent Award di bawah kategori Best Malay Novel. Seterusnya beliau telah menulis TABU dan diterbitkan pada tahun 2011 dan MENTAL pada tahun 2012.

Instagram Shaz Johar || Twitter Shaz Johar

Untitled. sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Shaz Johar kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk menjawab soalan-soalan temu bual ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga kepada FIXI dalam menjayakan BlogTwit Tour bersama Sumpah oleh Shaz Johar. Diharapkan agar penulis terus menghasilkan karya yang unik pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi atas kelahiran buku Sumpah terbitan FIXI.


Ditemu bual Elvina Zafril
Ditulis oleh Elvina Zafril

0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    December 2025
    May 2025
    December 2024
    September 2024
    August 2024
    March 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz