MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu.

9/20/2023

0 Comments

 
Bulan lepas saya ada hantar sebuah cerpen yang berjudul Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu untuk diisikan dalam Pertandingan Cerpen Dan Cerpen Mini Bahasa Jiwa Bangsa Anjuran Cereka bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Saja je nak mencuba sebab dah lama tak tulis cerpen. Lagi pula saya tulis cerpen ini setelah melihat keadaan politik di Malaysia yang serba cacamerba. Yang bagi saya terlalu fiksi sehingga kalau saya jadikan novel pasti tiada siapa pun akan menyangka ia berdasarkan kisah benar. Hahah. 

Ternyata setelah lama tak menulis cerpen, kekok juga jari-jemari halus saya ini melakar sebuah kisah pendek yang serba ringkas ceritanya tetapi ampuh lagi mampan. Gitu. Hari ini, sebaik saya terjaga dari tidur (saya positif Covid sebenarnya, tapi jangan khawatir, saya sihat2 je cuma batuk2 sikit), saya dapat pengkhabaran cerpen yang saya hantar ini menang.

Sagu hati.

Hahah. Jadilah daripada tak ada. Gambarajah di bawah adalah senarai nama2 yang dipilih. Nama saya last sekali sebab save the best for last. 
​

Anyway, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada juri yang memilih. Khabarnya ada lebih 500 penyertaan dan saya pernah jadi juri sayembara dulu, jadi saya tahu bagaimana susahnya tugas yang dipikul. Dengan kemenangan ini, mungkin minat untuk menulis cerpen akan kembali menular dalam diri sehingga banyak dan kesemuanya akan dapat dibukukan. 

Tahniah juga kepada pemenang2 lain. Semoga terus sukses dalam bidang penulisan yang anda ceburi. Kepada yang tak menang pula, tahniah juga kerana berani menghantar cerpen anda. Jangan kecewa kerana kegagalan itu adalah sebahagian daripada jalan kemenangan. Kitalah bintang. Insya Allah.


ps: follow Cereka di Facebook untuk dapatkan info bagaimana mahu membaca cerpen2 yang telah berjaya menawan hati mereka. 
Picture
Picture
0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    December 2024
    September 2024
    August 2024
    March 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz