Hai semua!! Shaz Johar kembali bersiaran. Semalam genap usia saya 43 tahun. Ya, saya tau anda semua terkejut. LOL. Sudah 43 tahun saya muncul dalam dunia ini tapi mengapa wajah saya masih lagi tidak dimamah usia? Apakah rahsia saya mengekalkan kulit anjal dan berseri? LOL. Ha, kawan2 yang ingin nak tau rahsianya jangan khawatir. Jawapannya cukup mudah. Hanya dengan berdoa kepada Tuhan yang maha esa tanpa henti. Percayalah, jika kita sentiasa berdoa kepada Tuhan, lama2 Tuhan akan fed up dengan doa kita dan akan makbulkan doa kita seperti yang kita mahu. Try. Anyway, apa yang saya sudah kecapi selama 5 decades, 2 centuries and 2 millennia saya hidup di dalam bumi yang fana ini agaknya, ya? Hmmm... macam-macam sebenarnya. Kita mulakan blog ini dengan musibah buruk di bulan Januari dulu. Awal Januari dulu, ibu saya (Mak) telah pulang ke tanah abadi membawa bersama kisahnya jauh-jauh dari hidup kami semua. Jika difikir-fikirkan semula, ada bagusnya Tuhan menarik usia Mak di kala Covid masih belum sempat terus menyerang. Setidak-tidaknya ada juga masa saya dekat meneman Mak pada hari2 terakhir sebelum dia pergi. Ada juga peluang saya duduk bersama Mak dalam perjalanannya ke kubur. Dulu saya janji dengan dia yang kita akan balik kampung sama2 bila sakitnya baik dan saya dapat cuti, dan nampaknya Tuhan bagi saya rezeki untuk kotakannya pada hari itu. Cuma dalam perjalanan saya siang itu, saya betul2 rasa sunyi. Bulan Februari saya ke US untuk melawat keluarga di belah sana pula. Sengaja saya ambil masa untuk lupakan apa yang telah berlaku di Kuala Lumpur dengan berlari jauh ke dunia lain. Lagipun sudah lama juga saya tidak terbang ke Amerika, kali terakhir tahun 2015. Sewaktu di sana, saya dan keluarga ambil kesempatan untuk meraikan Christmas bersama-sama sekali lagi, kali ini sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Saya tak tahu bagaimana mahu membalas kasih sayang mereka itu. Percutian saya tak lama kerana saya pulang pada bulan Mac, beranggapan mahu meraikan PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) bersama rakan pembaca di sini. Malangnya, Covid-19 telah mula menyerang memusnahkan segala impian dan harapan yang telah saya atur. Entah kenapa virus ini iri dengan kegembiraan kecil yang saya hadapi, saya pun kurang pasti. Mungkin kerana saya jenis yang mudah terleka atau riak ketika di waktu senang. Tak mengapalah, katanya vaksin telah pun dijumpa orang jadi harap2nya dengan 2021 yang bakal menjengah sehari dua lagi ini, segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Justeru, saya tidak boleh membiarkan hidup saya tersekat atau terpuruk rasa ingin mati atas segala yang berlaku. Saya harus tetap gigih bekerja dan menulis kerana masih ada kantung (walaupun kecil tapi buncit sedikit) yang perlu diisi. Saya juga ada sekumpulan kecil pembaca yang menunggu atau bertanya-tanya tentang karya2 saya. Apatah lagi saya punya kawan2 dan kenalan yang sentiasa membuat saya tersenyum dengan celoteh dan keletah mereka yang unik. Terima kasih pada segala ucapan selamat ulang tahun kalian tadi. Berjanjilah jangan berhenti mewarnai hari2 saya tanpa secolet warna pun yang kurang. Wow! Panjangnya celoteh kali ni. Anyway (sekali lagi), peringatan kepada semua. Pada peminat buku yang terlepas pandang, ingin saya beritahu novel terbaru saya, SUMPAH, telah diterbitkan lewat bulan Jun lalu dan kalian boleh mendapatkannya di Kedai Fixi Kuala Lumpur. Selain itu, pada pertengahan Februari dulu pula, sebuah buku kecil nukilan saya (dicetak dalam bahasa Rumi dan Jawi) berjudul SELOKA ANAK RANTAU juga telah diterbitkan dan dijual di kedai yang sama. Kalian boleh buat belian secara online di laman Kedai Fixi atau Shopee atau datang terus saja ke kedai itu di Sunway Putra jika mahu. Terima kasih. Manakala ini ada satu lagi berita yang paling penting yang saya ingin saya kongsikan kepada semua: Khas kepada pembaca karya2 Shaz Johar, di sini saya ada kepilkan sebuah hadiah untuk kalian sebagai tanda appresiasi atas segala sokongan yang dihulur tanpa jemu sejak 2011 sehingga kini. Saya tak punya cara lain untuk buat kalian gembira, jadi saya harap kalian senang membaca cerpen ini sepertimana saya senang menulisnya. Klik di sini untuk baca: LUMPUR Dan sebarkanlah cintanya hingga ke cakerawala. Amin. Luv, Shaz Johar. Bekas Penulis Simbol Seks.
1 Comment
|
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |