Untuk memeriahkan lagi #PBAKL2020 dan #klwbc2020 kami akan terbitkan semula 3 buku kami yang pertama iaitu #PECAH oleh Khairulnizam Bakeri, #KOUGAR oleh Shaz Johar + #CEKIK oleh Ridhwan Saidi. Boleh preorder sekarang melalui Whatsapp 01123651972. Makasih!
Sumber: Facebook Buku Fixi
0 Comments
Selamat Hari Wilayah dan juga tentunya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam 2020. Bagaimana tahun baru anda? Sudah bermulakah azam tahun baru kalian? Atau masih berlengah lagi kerana baru sebulan saja masa berlalu? 2020 untuk saya bermula dengan kesedihan buat kami sekeluarga. Ibu saya pergi dua hari selepas saja kita semua menyambut tahun baru dan saya tidak tahu apa yang lebih menyedihkan dalam hidup selain melihat orang yang kita sayang pergi ke tanah abadi membawa semua rahsia dan cerita yang pernah kita kongsi bersama. Kali terakhir saya merasa begitu sewaktu arwah Ayah pergi tapi waktu itu saya masih terlalu kecil. Dan hari ini genap sebulan Mak pergi. Dalam sedih, saya rasa lega Tuhan telah beri saya rezeki untuk bersama meneman Mak di hari-hari terakhir perjalanan hidup beliau. Tuhan juga beri ruang kepada kami untuk berjalan berdua di dalam van jenazah pulang ke kampung halaman. Mak mahu dia dikebumikan dekat dengan suami dan ibu bapanya. Semoga dia terus berbahagia bersama orang-orang yang dicintainya di situ. Dan kini, di waktu menulis blog ini, saya sudah pun tiba di Florida, USA, melawat satu lagi keluarga besar saya di sini. Mungkin elok bagi saya berada jauh dari Kuala Lumpur, melarikan ingatan saya pada Mak buat seketika, juga merehatkan seketika minda dengan segala kenangan2 sedih itu. Lagipun sudah lima tahun saya tinggalkan US, saya harap percutian kali ini beri satu lagi kisah baru untuk saya lakarkan di dalam karya yang akan datang. Speaking about cerita baru, semalam publisher saya, Buku Fixi, telah mewar-warkan berita tentang kelahiran novella saya yang baru berjudul Seloka Anak Rantau di laman sosial beliau. Novella ini sangat unik seperti yang pernah saya sebut dalam blog sebelum ini. Ia berkenaan dengan kisah dua orang anak dara di Jerman, Amal dan Jeslina, yang enggan pulang ke tanahair kerana sudah selesa berada di perantauan. Novel ini dicedok melalui pengalaman saya sepanjang mengenali teman2 yang merantau ke Jerman sewaktu berulang-alik ke negara itu sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Apa yang menariknya, novella dalam edisi terhad ini juga ditulis dalam dua aksara, rumi dan jawi. Ini projek pertama saya yang seumpama dengannya bersama Buku Fixi dan saya harap ia akan dapat diterima ramai. Jadi bagi yang berminat, jualan sudah pun bermula dan anda hanya boleh menghantar pesanan lewat Whatsapp ke Buku Fixi di 01123651972 (Achtung!: buku akan hanya mula diedar pada 15 Februari nanti). Kepada yang sudah membuat pesanan, terima kasih sekali lagi dan semoga kalian terus menyokong agar saya dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi. Amin. Ini adalah gambar cover novella tersebut. Teruja?
ps: by the way, sewaktu dalam penerbangan ke Manila dari KL (transit 4 jam sebelum ke JFK, New York), saya sempat merangka satu draf kecil untuk novel saya yang seterusnya. Ia berkenaan dengan kisah hidup tiga generasi yg berbeza tetapi saling berkait antara satu sama lain. Konsepnya lebih kurang sama seperti filem Babel, Cloud Atlas, atau drama bersiri Jerman, Dark. Tapi lebih kurang sama saja je la bukannya serupa pun. Huhuhu. Doakan saya kembali rajin menulis mulai harini, |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |