MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Sepanjang Jalan Kenangan

6/27/2021

0 Comments

 
​Hi pemirsa semua! Apa kabar!! Baik2 saja harapnya di musim2 PKP yang tidak berkesudahan ini.
Hari ni saya terpanggil untuk menulis blog dan entry kali ini untuk menceritakan tentang kelahiran buku baru saya sekali lagi. Ya, sekali lagi. Lepas beliau, beliau lagi, ya. Awas!

Buku kali ini berjudul Kougar:2. Familiarkan tajuknya? Tentulah familiar, kerana ini adalah sambungan kepada novel pertama saya yang berjudul, Kougar. Novel yang dikeluarkan pada tahun 2011 dulu. Novel pertama Buku Fixi. Siapa sangka 10 tahun kemudian, saya masih menulis dan menghasilkan karya di bawah penerbitan yang sama. LOL.

Kenapa disambung novel Kougar itu?

Pertama, sebab saya sendiri yang rasa nak sambung dan mahu tribute kisah hidup Kisha dalam dunia yang serba pancaroba ini. Setelah 10 tahun, tentu ada banyak lagi ragam yang perempuan ini buat, bukan? Takkan nak biarkan tersia-sia begitu saja ibarat hidup aku yang stuck kat rumah sewa ni sampai nak amik spenda kat umah mak pun tak dapat2?

Kedua, sewaktu saya tulis Kougar, saya belum tahu apa yang pembaca buku di Malaysia mahukan. Saya pernah hantar karya ni ke satu penerbitan (yang sekarang siar drama kat TV tu) tapi dia orang suruh saya tukar banyak benda, terutama tentang gaya penulisan, sampai saya rasa bukan saya yang tulis karya tu lagi. So saya peram dan tunggu peluang baru yang datang.

Dan ketika muncul saudara Amir Muhammad (tuan empunya Buku Fixi) tanya, "Shaz ada cerita lain?" Saya terus jawab, "Ada," Dan bagi Kougar. Sebenarnya saya ada hantar karya lain kepada Buku Fixi sebelum Kougar, tapi dia tak berminat masa tu. Karya tu pun saya peram je jadi sejarah hingga kini. OK, itu cerita lain.

Anyway, bermula dari sejarah itulah, saya terus tumpukan minat menulis yang Tuhan bagi ni sehingga kini. Dan waktu itu, saya pernah cakap sorang diri, "Kalau dalam 10 tahun akan datang aku masih lagi menulis dan diterima orang, aku akan buat sequel Kougar. Kosabajap. Haha!" *efek gelak untuk menyedapkan cerita.

So maka terhasillah novel Kougar:2 untuk tatapan anda semua hari ni. Hebatkan saya?

Anyway... setakat blog ini ditulis, versi cetak masih belum dijual. Versi e-book boleh dibeli di Google Play atau tanya saja kepada Buku Fixi dekat mana lagi karya agung ini berada. Kena beli online la kot sebab semua kedai tutup, kan. PKP kat Malaysia ni pulak mungkin tahun 3021 baru settle so korang tunggu je la dengan penuh sabar bila kita boleh sekali lagi jumpa untuk sain2 otograf dan berswafoto dalam sesi beramas mesra bersama peminat. Gitu. Peminat. Semoga dipermudahkan.

Sebelum saya sudahi hujah saya kali ini sidang hadhirin sekalian, saya nak bagitau yang buku ni ikhlas saya tujukan kepada semua pembaca buku2 saya, terutamanya yang menyokong sejak Kougar dulu. Sudah sedekad saya menulis, anda masih lagi tak penat lelah bersama saya entah kenapa. Jujurnya, saya terharu betul. Jadi terimalah hadiah ini untuk kalian (tapi kena beli so kira hadiah untuk saya jugakla) dan dakaplah ia puas2. Semoga persahabatan kita ini terus kekal sampai ke langit. Amin.

Sepanjang jalan kenangan kita selalu berganding tangan
Sepanjang jalan kenangan kau peluk diriku mesra.

Gitu.

ps: semoga Kougar:2 diterima ramai lebih daripada karya2 saya yang lain. Dan kalau dah baca nanti jangan lupa review, ya! Saya suka baca review baik buruk daripada kalian untuk perbaiki karya2 yang akan datang!
​
Bismillah.
Picture
0 Comments

Fan art cover

6/17/2021

0 Comments

 

Hi you all, 

Just a quick note sebab dah lama tak update blog. 

Semalam Fixi ada buat contest kat Twitter untuk orang ramai buat fan art cover buku2 beliau yang dah sedia ada, and then pemenang yang terpilih akan dapat hadiah. Entah apa entah hadiah dia, aku tak ambik pot sangat. 

Anyway, salah satu pemenang yg dipilih tu telah buat kaver untuk Mental. Hihi. Cute cover dia. Korang tengoklah ni. Comey, kan? 

So di sini aku nak ambik kesempatan utk ucapkan syabas la kepada pemenang. Semoga anda dapat projek buat kaver buku satu hari nanti. Amin.


Picture

​ps: Kougar 2 sepatutnya keluar bulan ni. Tapi entahlah dah satu Malaysia laukdaun ni ha tak taulah apa jadik dengan buku aku, Kita nantikan je la dengan penuh sabar. Semoga dipermudahkan.
0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    December 2024
    September 2024
    August 2024
    March 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz