MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Dear 2023

12/1/2022

0 Comments

 
Picture
​Dear 2023,
 
Semalam saya ada terbaca sebuah entry yang saya tulis 5 tahun sudah dengan tajuk, Dear 2018.

Dalam entry itu saya mengutarakan perihal keterimakasihan saya pada tahun 2017 yang telah banyak memberikan pengalaman menarik kepada saya di sepanjang tahun sebelum melangkah ke tahun baru. Tahun ini saya terpanggil untuk menulis lagi memandangkan hari ini kita semua telah berada di bulan terakhir tahun 2022.

Soalan: apa sudah tercapaikah azam yang kalian tanam dalam diri sejak awal tahun dulu? Atau sama saja hangatnya dengan tahi kucing jiran yang kalian pijak tanpa sengaja?
 
Azam saya sama saja seperti tahun sudah. Memandangkan satu dunia masih lagi bergelumang dengan Covid-19 (walaupun rata-rata sudah mula hidup dalam penafian), saya cuma berharap tahun depan akan jadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dan kita semua akan kekal sihat dan cantik seperti dulu. 
 
Untuk siri peribadi, sejak kerajaan kembali membuka sempadan negara pada penghujung tahun 2021, saya ambil peluang itu untuk sekali lagi merentas KL-Germany-USA-Germany-KL dalam rangka lawatan sambil bekerja selain meraikan kelangsungan hidup di tiga-tiga negara tersebut. Ketika entry ini ditulis, saya sudah pun dua bulan berada di Hamburg, sempat melawat Helsinki untuk beberapa jam dan minggu sudah sempat meluangkan masa selama sehari di Amsterdam. Minggu depan jika tiada aral, saya akan sekali lagi terbang ke US untuk menyambut Krismas bersama keluarga dan ulangtahun saya di sana.

​Terima kasih kepada Tuhan kerana berikan saya kesempatan itu. 

Dari sudut berkarya pula, tiada buku baru saya yang diterbitkan tahun ini. Walau bagaimanapun, pada bulan Jun yang lalu saya telah ikut memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama pembaca-pembaca tersayang dalam rangka promosi buku2 lama. Hahah. Saya juga telah bertemu dengan beberapa orang penulis baru yang buku mereka saya dan rakan juri, Hani, pilih untuk memenangi Sayembara Fixi bagi musim yang ke 3. Judul-judulnya adalah seperti berikut: 
Picture
​Tahniah dan saya harap kemenangan mereka memberi impak kepada dunia penulisan tanahair.

Saya juga telah siap menulis dua buah skrip pada tahun ini. Satu tahun 2021 dah siap sebenarnya tapi urusan pembayaran tu baru tahun ni settle. LOL. Saya tulis untuk Finas sebab dapat dana penulis skrip filem. Satu lagi saya tulis untuk Pertandingan Skrip untuk Filem Seram/Thriller anjuran Kuman Pictures & Entropy. Saya tak menang tapi berjaya dapat anugerah saguhati (bersama 7 skrip lagi di dalam Hot List mereka). Jadi atau tidak kedua2nya ditayangkan di layar perak, itu kita tunggu. Saya nak komen lebih2 pun bukan saya yang keluarkan duit. Huhu. 
 
Selain daripada itu tiada apa yang baru yang berlaku dalam hidup saya. Segala-galanya saya susuri dengan dingin dan lembap, sama seperti cuaca di Hamburg ini.

Oh ya, Anwar Ibrahim akhirnya jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10. Mungkin itulah yang berbeza bagi semua rakyat Malaysia, kot. Nampaknya segala penat lelah dan jerih pedih beliau masuk-keluar jel (dengan tilam berintikan sperma diusung ke mahkamah) sejak tahun 90an dulu akhirnya membuahkan hasil. Tahniah!

Dan dia pilih Zahid jadi DPM. So ya, alangkah lucunya negaraku ini. 
 
Oklah itu saja yang saya ingin tulis buat entry untuk kali ini. Sebelum saya akhiri, ingin saya kongsikan berita gembira (mungkin?) sedikit.
 
Draf pertama manuskrip baru telah siap dan sekarang dalam proses suntingan pertama. Plotnya tentang time travel tapi kisah di sebaliknya saya tulis tentang penghijrahan. Tentang watak-wataknya yang ingin menukar diri dan berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Bukankah kita semua pun mahu hidup begitu?
 
Jika ada rezeki, kalian semua dapat membacanya tahun ini setelah ia siap dicetak dan dijual nanti. Buat masa ini ayuh kita sama-sama berdoa agar ia menjadi kenyataan.
 
Bismillah.
0 Comments

KUHIRUP WAIN

11/9/2022

0 Comments

 
Picture
Semalam saya bosan2 menulis novel baru jadi saya berhenti sekejap untuk meringankan kepala. Lantas saya pun dengar lagu kegemaran saya yang terkini, I Drink Wine daripada Adele. Saya suka dengan liriknya  jadi saya pun ambil masa terluang untuk terjemahkan ia ke bahasa Melayu. 

Saya tahu ini semua impromptu. Ada banyak kesalahan dari segi maksud atau tatabahasa tapi who cares, saya buat untuk suka-suka. Jadi terimalah! 

ps: gambarajah di sebelah adalah ketika saya baru beberapa jam sampai di Eropah pada 27 October 2022. Saya berada di Helsinki (gambar sebelah) sebelum sambung perjalanan ke Hamburg, Germany. Entah berapa lama pula saya di bumi Jerman, allahu alam. Saya harap saya dapat menghabiskan novel yang sedang ditulis di sini. Bismillah. 







Kuhirup Wain.

Bagaimana manusia boleh terbatas pada pilihan yg dibuat oleh org lain?
Bagaimana kita boleh menjadi versi org yg tidak kita suka?

Kita jatuh cinta pd dunia sedangkan dunia hanya mahu menjatuhkan kita
Dgn melacurkan idea dlm kepala
Yang tanpa kita sedar boleh menghancurkan hati kita

Sewaktu kecil setiap hal itu mempersonakan
Segalanya aku hirup demi keseronokan
Namun dewasa ini yg aku hirup hanyalah wain.

Kata mereka berhiburlah semahumu asal mahu bekerja seutuh itu.
Seimbangkannya dengan setiap pengorbanan.
Namun mengapa aku masih juga belum bertemu
dgn org yg benar2 berasa puas?

Percayalah aku sedang cuba utk terus mendaki
Namun semakin tinggi kita mendaki
Semakin kerdil dan bodoh diri ini.

Jadi aku mahu berhenti mementingkan diri
Berhenti menjadi org lain
Supaya kita boleh saling mencinta sepuasnya

Pedulikan kemahuan org
Asal kau hanya mahu aku seorg.

Mengapa aku taksub pd perkara yang tidak mampu aku kawal?
Mengapa aku mahu mendapat restu drpd orang yang tidak aku kenal?

Dalam dunia serba gila ini yang aku harap cuma
dahan yang boleh aku paut
Kerana aku perlukan sesuatu dalam hidup
Sesuatu yang nyata
Sesuatu yang wujud.

Percayalah aku telah banyak menangis kerana kamu
Terlalu sedih, terlalu sedih.
Kerana aku terlalu menginginkanmu
Tapi masakan kita berjaya mengalahkan api dengan api?

Maka aku sanggup letakkan diriku di bawah
Berikan segala yg termampu
Membebankan kau dgn semua itu.
Kerana tiada sesiapa lagi selain kamu.

Aku juga berharap masanya akan tiba
Utk kita temui ketenangan.

Adakalanya jln yg kurang kita tempuh
Adalah jln yg harus kita menjauh...

​

0 Comments

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    December 2024
    September 2024
    August 2024
    March 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz