Hello penduduk sekian alam!!!
Apa kabar semua? Are you OK?!! Make same noissseee!!! Terpanggil untuk menulis blog sekali lagi untuk memaklumkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah berakhir secara rasmi semalam. Seperti biasa, entry klise kali ini akan mengutarakan tentang rasa terhutang budi saya kepada semua pembeli buku di PBAKL yang telah berjuang masa dan tenaga hadir ke pesta tersebut. Jutaan terima kasih kepada kalian kerana sanggup melabur wang membaca nukilan kami, penulis watan yang kerdil ini. Tanpa cinta anda, tiada siapa yang akan kenal kami. Jangan berhenti mewarnai. Terima kasih yang paling utama sebenarnya khusus diberikan kepada penganjur PBAKL kerana bagi saya ini satu platform terbesar untuk kami mewar-warkan hasil kerja kami kepada dunia. Bukan apa, kami tak punya duit untuk mengupah influencer membicarakan tentang buku kami di akaun medsos mereka. Saya dengar ada pelawak yang caj RM5000 untuk satu IG story, sekali post. Huhuhuhu. Kami juga jarang diberi ruang untuk muncul di makalah atau TV atau ke gedung-gedung ilmu untuk tujuan promosi atau beresensi tentang seni. Jadi segalanya cuma mengharapkan omel dari mulut ke mulut. Kalau mulut berbau, hmm, faham-faham sajalah apa yang berlaku. Maka dengan adanya platform sebegini, dapatlah kami untuk terus bertapak dan mengangkat minat membaca dalam kalangan semua. Terima kasih sekali lagi. Oh ya, sebelum menutup entry, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan penulis yang terlibat dalam pesta buku kali ini dan juga kepada para penerbit yang tersenyum lebar melihat kutipan sales yang memberangsangkan. Semoga terus sukses mengorak langkah hingga ke bintang atau jika jatuh ke dasar lautan pun, menjadi mutiara. Ayuh kita meriahkan lagi pesta ini tahun depan! Bismillah.
0 Comments
Hai, Shaz Johar kembali…
Hari kedua terakhir PBAKL masih lagi berlangsung dengan meriah sehingga jam 10 malam nanti. Terima kasih kepada yang sudi hadir bertemu dengan saya walaupun sesi saya di awal jam 10 pagi. Terima kasih juga pada yang sanggup kejar saya satu PWTC untuk bergambar dan berotograf. Kalau arwah mak saya tau anak dia dikejar2 tentu dia dah naikkan harga wang hantaran (selama ni hantaran penalti je dah cukup dah). Dan yang paling penting, terima kasih kepada yang bawa buku2 saya dari yang paling rare sampailah yang terkini. Kalian memang tak jemu-jemu membuat saya tak lekang tersenyum. Semoga kasih sayang ini terus melayang ke angkasa. Esok hari terakhir PBAKL dan slot saya jam 10 pagi lagi. Jika ada rezeki dan kelapangan marilah kita sama-sama meriuh-rendahkan keadaan sebab bukan selalu pun benda-benda cenggini ada. Cuma nak pesan, berhati-hati sebab orang ramai sangat so jaga diri dan barangan peribadi anda elok-elok. Tadi saya jumpa IC orang. Siapa yang hilang IC tu bolehlah dapatkannya di duta PBAKL sendiri. Ps: harini saya jumpa 5 orang nama Amira, Ameera, yang kembar pun ada. . Sampai saya salah sign buku org lain dengan nama Meera, padahal nama dia lain. Huhu. Jangan marah eh. Hello pemirsa sekalian... Seperti yang sudah sedia maklum, tanggal 4 Jun hari tu sudah berlangsung sesi beramas-mesra antara saya dan pembaca tersayang bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC. Setelah 2 tahun tidak bersama-sama menyambut, saya dapat rasakan sambutan kali ini tak kurang meriahnya dengan pengunjung yang tak putus-putus datang. Ada yang saya dengar dari luar KL, beratur dan bersesak demi mendapatkan karya penulis kegemaran masing2. Syabas dan semoga kita semua dihindarkan daripada sebarang penyakit. Tahun ini walaupun saya belum berkesempatan untuk mengeluarkan buku baru lagi (novel terkini masih lagi dalam proses pembikinan), saya rasa terharu kerana ada juga yang sudi datang membeli buku2 lama atau membawa buku2 lama untuk saya turunkan tanda tangan. Terima kasih kepada kalian kerana tak henti-henti menyokong. Doakan saya terus diberikan kesempatan untuk menulis dan menghasilkan karya yang lebih baik untuk masa-masa yang akan datang. Doakan juga saya terus jadi persona yang menyenangkan hari2 anda semua. Hujung minggu ini, saya akan muncul sekali lagi mencemar duli di booth yang sama. Booth 4126 #kembarafixi. Saya diberi slot pagi (11 dan 12 Jun, jam 10am) jadi faham2lah kalau saya tak bangun lagi tu, korang tunggulah sampai saya muncul. Huhu. OKlah, sebelum menutup tirai entry kali ini, di bawah disertakan beberapa momen yang sempat dirakam tadi untuk dibuat bahan, eh bukan, untuk tatapan kalian semua. Bergembiralah. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |