Hi guys,
Shaz Johar kembali dengan novel baru!! Novel yang kesepuluh berjudul SUMPAH. Ya, dah 10 novel dah Shaz Johar keluarkan, gila ke apa budak ni? Novel ni dah sebulan dah pun berada di pasaran sebenarnya (samalah dgn tarikh blog tu) tapi baru harini berkesempatan nak menulis tentangnya (25 Jul 2020). Bagi yang belum mendapatkan SUMPAH, anda semua bolehlah serang Kedai Fixi di Sunway Putra, atau Kinokuniya di KLCC, atau Gerak Budaya di PJ sekarang. Atau kalau anda masih malas2 nak keluar, anda boleh je contact Buku Fixi atau ke Shopee untuk membuat belian secara online. Anda tak perlu keluar rumah, tak perlu bersesak-sesak, nak pakai mask semua. Rimas, kan? Kepada yang dah beli pula, bolehlah turunkan review anda di Goodreads untuk kesejahteraan bersama. Yang mana baik akan saya kutip dan simpan, yang buruk pula akan saya perbaiki untuk menghasilkan karya yang lebih baik untuk masa-masa akan datang. Secara jujurnya, saya tak sangka pun novel ini akan keluar tahun ni. Memandangkan tahun ni tak ada PBAKL jadi saya ingat ia akan menemui anda tahun depan. Tapi nampaknya Fixi ada buat perancangan lain. Dan so far, sambutannya alhamdulillah menggalakkan. Rata2 menyukai apa yang saya tulis kali ini dan kebetulan, Untitledbc, sebuah kelab buku di Malaysia, dengan kerjasama Fixi ada melancarkan BlogTwit Tour untuk mereview buku ini bermula 20hb Jul sehingga hujung bulan. Bagus juga itu. Dan khabarnya lagi, pada awal Ogos nanti ada sesi bedah buku ini pula jadi kita nantikanlah beritanya. Sedikit tentang Sumpah: Nama watak utama Lela Palatute diambil sempena lagu Pala Tute daripada Gogol Bordello, penyanyi gypsy dari Romania. Draft pertama ditulis sewaktu saya di dalam keretapi api di Romania sambil menyaksikan keindahan pemandangan di luar dgn working title-nya Hantu Kucing. Temanya tentang child marriage dan saya sengaja selitkan unsur mistik di dalam karya kali ini untuk membayangkan POV daripada anak kecil itu sendiri. Banyak kisah yang kita baca sebelum ini menulis tentang suami atau keluarga anak itu tetapi jarang sekali orang bertanya atau menyentuh pandangan anak yg jadi pengantin sebelum dia di-brainwash. Jadi saya harap selepas membaca karya ini, kita akan lebih faham bahawa tiada faedah pun berkahwin dengan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Bayangkan seorang anak kecil yang masih tidak pandai terbalikkan telur yang digoreng, apakah anda fikir mereka pandai terbalikkan telur anda? Tentu saja tidak, bukan? Sekian. Shaz Johar dulu Penulis Simbol Seks sekarang Ikon Penulisan Masakini
0 Comments
|
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |