Semalam (pagi tadi di Malaysia) berlangsung sesi borak santai antara saya dengan E-Sentral sebuah portal e-book yang terkenal di IG Live mereka. Sesi berlangsung jam 10am 27 Jan KL time yakni 9pm 26 Jan di tempat saya berada kini (saya kini berada di Florida, USA) tetapi atas sebab2 teknikal, ia bermula lewat sedikit daripada yang dirancang.
Awalnya, saya menyangkakan tiada siapa yang mahu masuk kerana masih awal pagi di Malaysia dan hari Khamis pula, tapi alhamdulillah nampaknya ramai juga yang sudi mendengar saya berceloteh di pagi hari. Terima kasih kepada E-Sentral yang sudi memanggil saya untuk menjadi tetamu mereka kali ini (katanya yang pertama di IG Live) dan juga kepada semua yang menonton. Kepada mereka yang ingin menonton semula atau yang terlepas, kalian boleh ke IG E-Sentral di https://www.instagram.com/esentral_my/ untuk melayari video penuh. Jangan lupa juga dapatkan buku2 saya di E-Sentral (kalau yang berminat untuk membeli ebook) atau di Buku Fixi dan toko2 buku berdekatan anda. ps: Oh ya, kalian juga boleh dapatkan buku kecil ini di Shopee Buku Fixi dengan harga yang murah sebab Fixi kata mana yang tak habis akan dilupuskan. Buku ini ditulis dalam dua aksara, rumi dan jawi, menceritakan tentang kehidupan anak tempatan di bumi Eropah.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |