Bulan lepas saya ada hantar sebuah cerpen yang berjudul Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu untuk diisikan dalam Pertandingan Cerpen Dan Cerpen Mini Bahasa Jiwa Bangsa Anjuran Cereka bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Saja je nak mencuba sebab dah lama tak tulis cerpen. Lagi pula saya tulis cerpen ini setelah melihat keadaan politik di Malaysia yang serba cacamerba. Yang bagi saya terlalu fiksi sehingga kalau saya jadikan novel pasti tiada siapa pun akan menyangka ia berdasarkan kisah benar. Hahah.
Ternyata setelah lama tak menulis cerpen, kekok juga jari-jemari halus saya ini melakar sebuah kisah pendek yang serba ringkas ceritanya tetapi ampuh lagi mampan. Gitu. Hari ini, sebaik saya terjaga dari tidur (saya positif Covid sebenarnya, tapi jangan khawatir, saya sihat2 je cuma batuk2 sikit), saya dapat pengkhabaran cerpen yang saya hantar ini menang. Sagu hati. Hahah. Jadilah daripada tak ada. Gambarajah di bawah adalah senarai nama2 yang dipilih. Nama saya last sekali sebab save the best for last. Anyway, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada juri yang memilih. Khabarnya ada lebih 500 penyertaan dan saya pernah jadi juri sayembara dulu, jadi saya tahu bagaimana susahnya tugas yang dipikul. Dengan kemenangan ini, mungkin minat untuk menulis cerpen akan kembali menular dalam diri sehingga banyak dan kesemuanya akan dapat dibukukan. Tahniah juga kepada pemenang2 lain. Semoga terus sukses dalam bidang penulisan yang anda ceburi. Kepada yang tak menang pula, tahniah juga kerana berani menghantar cerpen anda. Jangan kecewa kerana kegagalan itu adalah sebahagian daripada jalan kemenangan. Kitalah bintang. Insya Allah. ps: follow Cereka di Facebook untuk dapatkan info bagaimana mahu membaca cerpen2 yang telah berjaya menawan hati mereka.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |