Hai! Shaz Johar kembali lagi dengan blog entry terbaru.
Bulan December memang sentiasa menjadi bulan kegembiraan buat diri saya. Bulan Krismas penuh hadiah, bulan kelahiran saya juga. Dan apa yang menambahkan lagi kegembiraannya adalah bulan ini saya berada jauh di Eropah sambil membalut tubuh dengan selimut dari bulu alpaca dan menikmati musim luruh yang dingin. Ya, setelah hampir dua tahun terpuruk di bumi Malaysia, akhirnya lepas juga saya ke sini beberapa minggu yang lalu. Perjalanan saya dengan menaiki KLM berjalan dengan lancar. Walaupun lebih banyak urusan dokumen yang perlu diselenggarakan sebelum terbang (berbanding zaman sebelum Covid), tapi alhamdulillah semuanya teratur dan pantas. Oh ya, pegawai imigresen ucap, "Terima Kasih" sewaktu mengecop passport saya. Abang tu dahlah hemsem, mixed race, jambang, shaved head, sado pulak beserta tatu penuh satu badan, jadi nikmat tuhan apa lagi yang kita nak dustakan? Ahaks! Kehidupan di sini juga so far menenangkan. Sudah lama tubuh ini tidak dihembus angin-angin dingin. Beberapa hari sudah bumi Hamburg ditimpa salji nipis dan saya jadi anak kecil yang terlebih teruja. Entahlah mungkin kerana sudah lama saya tidak menyaksikan keping-keping salju itu jatuh ke tanah dengan sayu. Mungkin ada nilai sentimental di situ yang saya saja fahami. Malangnya, salji mencair sebaik mendarat di tanah ibarat sekeping hati yang luka. Cuaca belum cukup beku untuk mereka terus kekal dan bersemadi. Mungkin jika lebih lama saya di sini, saya dapat bermain dalam timbunan salji tebal, membentuk lelaki salju yang tidak mahu dirinya dipandang enteng. Atau mungkin saya perlu panjat ke gunung mana2 jika mahu hasrat itu dikecapi. Mungkin la kalau tak lockdown. Sian. Ah, satu tips jika sesiapa yang mahu ke Eropah. Setakat blog ini ditulis, EU masih mengamalkan EU Covid Certificate Pass (ala2 MySejahtera) untuk ke tempat tertutup seperti dalam mall, offices, wayang, restoran, cafes, dan sebagainya. Pemakaian mask juga diwajibkan kecuali di tempat terbuka (macam time kau jalan2 kat luar kau pakai ke tak hukumnya makruh) dan juga sewaktu minum/makan takyahlah pakai. Unless kau nak pakai pastu gunting bahagian mulut kat mask tu, itu ikut la kreativiti atau kebangangan masing2. Akan tetapi, EU Covid Certificate Pass ni hanya untuk:
Hmmm.... so kepada tourist, apa yang perlu anda lakukan? Tunjukkan saja MySejahtera (proof dah 2x vaccinated) dan berdoa semoga orang yang periksa itu faham bahasa Inggeris. LOL. Baik. Sebelum saya mengakhiri blog ini, saya nak bagitahu tujuan blog ini ditulis sebab saya nak beritahu yang saya sedang menulis novel terbaru sebenarnya. Hihi. Cerita apa, biarlah rahsia. Saya juga baru saja habis menulis sebuah skrip filem. Dah hantar pun kepada pihak yang terlibat. Tapi sama ada diterima atau jadi ke tidak filem yang ditulis itu, itu sama2 kita doakan, OK? OK la. Itu saja buat kali ini. Semoga dapat peluang lagi untuk bertemu di entry yang akan datang! Tschuss! Dengarlah hai teman, dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama... ShazJo.
1 Comment
Bagi kebanyakkan lelaki, jambang mereka merupakan kebanggaan mereka kerana ia merupakan satu perkara yang susah untuk dijaga.
Reply
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |