Hello pemirsa sekalian... Seperti yang sudah sedia maklum, tanggal 4 Jun hari tu sudah berlangsung sesi beramas-mesra antara saya dan pembaca tersayang bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC. Setelah 2 tahun tidak bersama-sama menyambut, saya dapat rasakan sambutan kali ini tak kurang meriahnya dengan pengunjung yang tak putus-putus datang. Ada yang saya dengar dari luar KL, beratur dan bersesak demi mendapatkan karya penulis kegemaran masing2. Syabas dan semoga kita semua dihindarkan daripada sebarang penyakit. Tahun ini walaupun saya belum berkesempatan untuk mengeluarkan buku baru lagi (novel terkini masih lagi dalam proses pembikinan), saya rasa terharu kerana ada juga yang sudi datang membeli buku2 lama atau membawa buku2 lama untuk saya turunkan tanda tangan. Terima kasih kepada kalian kerana tak henti-henti menyokong. Doakan saya terus diberikan kesempatan untuk menulis dan menghasilkan karya yang lebih baik untuk masa-masa yang akan datang. Doakan juga saya terus jadi persona yang menyenangkan hari2 anda semua. Hujung minggu ini, saya akan muncul sekali lagi mencemar duli di booth yang sama. Booth 4126 #kembarafixi. Saya diberi slot pagi (11 dan 12 Jun, jam 10am) jadi faham2lah kalau saya tak bangun lagi tu, korang tunggulah sampai saya muncul. Huhu. OKlah, sebelum menutup tirai entry kali ini, di bawah disertakan beberapa momen yang sempat dirakam tadi untuk dibuat bahan, eh bukan, untuk tatapan kalian semua. Bergembiralah.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |