![]() To my readers,Where do I begin? First of all, terima kasih kepada semua yang dah beli Salafi, buku atau ebook, beli di kedai buku, di pesta buku, beli dari Shaz Johar, beli di pasaran gelap, atau yg dari mana2 medium yg anda sukai. Siapa yg dah baca, sila turunkan review kat Goodreads atau mana2 website anda (jgn lupa tag Shaz Johar) utk sama2 kita kongsikan. Tak kisah, review buruk ke baik ke, saya baca je dan kekal senyum. Secondly, nak beritahu karya ini tidak akan terhasil tanpa sokongan daripada kalian semua. It’s honestly hard to believe that after 7+ years of writing, ada lagi yang sudi membaca dan terus meminta saya untuk terus menulis. I am truly honored and I owe it all to you. Thank you. Masa saya kecik, saya selalu membayangkan penulisan itu satu pekerjaan yang mudah. Yang hanya membiarkan diri terperangkap dalam dunia sendiri dan tulis apa yang terlintas dalam fikiran. Tetapi semakin saya menganjak dewasa, saya dapati menjadi penulis itu satu kerjaya yang mencabar minda sendiri dan rakan2 yang lain. Pada saya penulis mengajak pembaca untuk sama2 berfikir dan membiarkan minda terus berlari dan menari di setiap lembaran di dalam buku itu. Penulis melemparkan sisa-sisa ilmu yang kadangkala terlepas pandang oleh semua orang. Penulis jadi wakil pembaca meluahkan isi hati. Jadi saya harap kalian dapat mencapai rasa itu dalam Salafi dan terus berkongsi rasa cintanya kepada semua. Amin. Ps: Berikut adalah gambar2 di sepanjang Pesta Buku Selangor dan Pesta Buku Antarabangsa KL yg berlangsung baru2 ini. Thank you to everyone who has taken time to read my book and send me honest and kind words. It means more than you know. Love, Shaz Johar.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorShaz Johar. Archives
December 2024
Categories |