Pejam celik pejam celik esok lusa kita akan melangkah ke tahun baru. Banyak perkara yang telah berlaku di sepanjang tahun ini, juga di sepanjang dekad yang lalu, yang bila kalau dikenang-kenang semula, akan buat kita tersenyum sendiri pada setiap detik pahit manis yang sudah kita ludah dan hirup di dalam badan. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa kita sedar dan hari ni, pada hari lahir saya ini, saya ingin mengambil peluang yang ada untuk melakarkannya dalam jurnal kehidupan.
Tahun 2011 bermula kerjaya saya sebagai penulis sepenuh masa. Saya ingat lagi pelancaran Kougar (kisah wanita matang bersama anak ikan) di Central Market bersama rakan penulis, Khairulnizam Bakeri dan Ridhwan Saidi petang itu. Betapa kaget bertemu terujanya perasaan saya (kami bertiga, tentunya) menunggu reaksi pembeli. Apakah saya akan diterima, atau buku saya akan dibakar dan dicincang dengan kejam oleh mereka-mereka yang hadir. Jujurnya, saya sebelum itu memang tidak tahu apa-apa pasal novel Bahasa Melayu, baik daripada segi jualan mahupun penerimaan masyarakat. Saya jarang membaca atau membeli novel BM waktu dulu kerana memang kurang berminat dengan apa yang di depan mata, jadi saya tak pasti apa pandangan mereka tentang Kougar. Dan ternyata, dengan sambutannya yang ala kadar setelah beberapa minggu berada di pasaran, telahan saya benar. Pembaca waktu itu tidak tahu pun Kougar itu apa. Malah ada yang menyebutnya Kaugar. Itu lucu. Tapi semua tu saya tolak tepi kerana apa yang penting Kougar telah memberikan saya semangat untuk terus menjadi penulis. Terutamanya bila ia tiba2 memenangi anugerah Novel Terbaik dalam Selangor Young Talent Award untuk tahun itu. Satu-satunya benda yang saya tak pernah impikan telah berlaku tanpa dirancang. Sedangkan Hari Sukan sekolah pun saya selalu kalah, lucky draw kat ofis pun penah menang sekali je seumur hidup (itupun pen), ni tetiba tulis novel sebijik pula terus dapat award. Kegilaan apakah yang sedang berlangsung? Kemudian, dalam tahun yang sama, muncul pula Tabu (kisah perempuan bersaiz Lizzo), novel saya yang kedua. Majlis pelancaran diadakan di Boco Shah Alam waktu itu bersama penulis paling popular Malaysia, Nadia Khan. Nadia lancarkan novel pertamanya berjudul Kelabu, novel yang terus bersarang di hati peminat sehingga kini. Manakala Tabu, sama seperti Kougar, tidak berapa dapat diterima oleh penggemar-penggemar buku seperti yang diharapkan. Mungkin penulisan saya terlalu matang untuk pembaca waktu itu, atau mungkin ceritanya tidak best, atau mungkin kedua-duanya sekali. Entahlah. Sekali lagi, itu semua tidak menghalang saya untuk bangkit dan terus menulis. Dan tahun 2012, dengan lahirnya novel ketiga berjudul Mental (kisah orang gaji yang melayan pesakit2 mental), kerjaya saya sebagai penulis akhirnya telah betul2 diterima oleh pembaca sehingga ke hari ini. 2013, Cerpen Shaz Johar pula lahir, kumpulan cerpen-cerpen saya dalam sebuah buku. 2014, Sanctuaria pula (kisah penganut ajaran sesat). 2015, 16 dan 17, saya cuba-cuba pula menulis trilogi dengan Trilogi Nota (kisah dilema penulis yang ingin mencari nama). 2018 dengan Salafi (kisah perhubungan dan pertembungan dua agama) dan akhir sekali, 2019 bersama Aku (kisah lelaki gay yg sudah beranak bini). Begitulah. Sepanjang penglibatan saya dalam bidang penulisan, sempat juga saya menulis cerpen, cerpan, certot, dalam BM, dalam BI, guna nama sendiri, guna pseudonym, dan macam2 lagi. Banyak juga jika saya mahu tuliskan di sini. Tema atau topik yang saya paparkan juga berbeza setiap satu. Saya sengaja pilih topik-topik yg berbeza, yang kalau boleh belum ditulis oleh penulis bahasa Melayu lagi. Saya tertarik pada cerita-cerita yang sering kita terlepas pandang atau sering kita momokkan sebab tidak berlaku pada diri kita sendiri. Iya, manusia mudah terlupa yang bumi ni bukan berputar untuk dia sorang saja. Saya faham itu. Apa-apa pun, tahun hadapan saya akan buka lembaran baru dengan novel yang seterusnya pula. Saya sebenarnya sudah habis menulis sebuah novel dan kini dalam peringkat revisions. Temanya berkisar tentang child marriage dan insya Allah, kalau ada rezeki dapatlah kita sama2 membacanya. Tapi sebelum itu, saya ingin war2kan kepada semua yang saya akan muncul dengan sebuah projek mini bersama Fixi sebelum novel tentang child marriage ini keluar. Judul projek masih lagi rahsia dan tarikhnya juga masih belum boleh diberitahu. Saya suka dengan projek ini sebab ia unik dan saya harap kita sama2 dapat berkongsi kegembiraannya sedikit masa saja lagi. Itu saja serba sedikit pengalaman saya sepanjang lapan tahun bergelar penulis. Bukan mudah untuk saya berada selesa seperti hari ini. Banyak juga cabaran dan memori-memori jahat yang terpaksa saya lalu. Kepada semua yang masih tak jemu-jemu menyokong, yang tak sabar menanti karya-karya saya, terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Tanpa kalian siapalah Shaz Johar. Kepada penerbit tersayang, terima kasih kerana sering memberi ruang dan peluang kepada saya sejak dulu. Semoga Fixi terus sukses dan terus menerbitkan karya-karya yang digemari ramai. Dan kepada kawan2 dan kenalan, baik yang dekat di hati atau yang cuma muncul di alam maya, terima kasih kepada semua ucapan manis yang diberi. Segala memori indah bersama anda akan saya pahat dalam hati. Segala memori yang jahat pula, kita doakan ia pergi jauh dan berjanji takkan kembali lagi. Happy New Year and may God bless us all. Assalamualaikum.
0 Comments
Hi all. Dah lama tak post any entry here.
Well, seperti yang telah dijanjikan, ini sedikit petikan daripada novel baru saya yang sudah selesai ditulis tapi masih belum dihantar ke publisher lagi. Working title nya, Sumpah. Ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Lela Palatute, seorang anak gadis belasan tahun bersama suami yang jauh lebih berusia, ibu yang toksik, lembaga hitam yang sering menghantui hidupnya dan rakannya, seekor kucing putih yang boleh bercakap. Ini cubaan saya untuk menulis kisah hantu. Harap2 dapat diterima ramai. ps: reviewers, kalau anda nak jadi beta readers untuk manuskrip ini, bolehlah tinggalkan komen dan link pada review anda yg sebelum2 ini untuk saya baca. terima kasih dan selamat membaca! Malam itu kami berdua tidur tanpa mengucapkan selamat malam seperti biasa. Pak Hadir sudah terkangkang dengan kepala menghadap ke dinding sementara aku masih lagi termenung, menghala ke langsir, memandang Mak yang sedang tekun membelek-belek beg tangannya dekat dengan pintu dapur. Dia sedang mengeluarkan segala sampah dan tisu atau surat yang tidak penting dari dalam beg itu untuk dibuang. Mak menunduk membelakangkanku. Sejak dia pulang dari kerja, hingga ke makan malam, hingga ke waktu itu, dia tidak langsung membuka mulut baik dengan aku atau dengan Pak Hadir. Cuma sepatah-sepatah saja yang disebutnya jika kami meminta apa-apa. Niatku untuk memberitahunya tentang apa yang baru berlaku bersama Pak Hadir juga mati. Aku tahu itu rahsia rumah tangga kami tetapi aku mahu juga bertanya apakah kejadian tadi itu perkara biasa bagi pengantin baru. Apakah dia juga pernah melakukan hal yang sama dengan Ayah sewaktu mereka berdua baru-baru kahwin dulu. Kalau boleh, aku mahu tahu semuanya hal berumah tangga. Pak Hadir terus mandi selepas tangannya terpegang najis aku itu. Lama dia dalam bilik air, entah apa yang dilakukannya. Dia membiarkan aku mencangkung seorang diri, berbogel di dalam bilik dengan bontot yang belum dicebok. Mungkin dia menyesal mendapat seorang isteri yang pengotor. Atau mungkin dia termenung memikirkan mengapa aku begitu bodoh, tidak tahu melayan suami. Aku tidak kisah jika dia mahu mengejekku sehingga ke akhir hayat. Aku cuma bimbang jika dia juga bakal jadi seperti Mak, tidak mahu memandangku sama seperti dulu lagi. Aku sudah tiada siapa-siapa. “Mak! Mak!” panggilku selepas mengeluarkan kepala dari langsir. Mak yang masih tekun memunggah barang keluar dari beg tangannya tidak langsung mahu menoleh. “Mak!” panggilku dengan lebih kuat. Geram. Aku tidak mahu Pak Hadir terjaga tapi sama seperti tadi Mak hanya memekakkan telinga, tidak mahu peduli. Lalu aku keluar dari bilik dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Mak tak suka jika aku tiba-tiba menyergah kerana dia memang mudah melatah jadi sepanjang aku berjalan, mulutku juga tak henti-henti memanggil. “Mak! Tak dengar ke orang panggil?” soalku lagi. Bahunya aku tepuk. Dia menoleh perlahan. Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat lihat matanya merah. Wajahnya bengis. Dia memandangku dengan penuh jijik. “Kau nak apa?” bisiknya tapi nadanya agak keras. Suaranya juga lain. “Tadi Pak Hadir datang...” kataku sambil membetulkan duduk. “Datang apa?” Wajahnya makin berkerut. “Datang kat Lela macam yang Mak cakap.” Dia membetulkan kain kembannya yang hampir terlucut. Rambutnya yang terburai, disuak ke atas. “Jadi?” “Dia pegang badan Lela, buka baju Lela.” Matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. Wajahnya kekal serius. “Dia duduk. Lela berdiri. Kita orang telanjang. Lela tak tau nak buat apa masa tu, Lela kaku…” Bibirku mula bergetar, diikuti dengan tangan sebelum berjangkit ke seluruh tubuh. Aku mahu menangis tetapi ceritanya belum habis. Aku tahu Pak Hadir tentu marah kerana membocorkan rahsia kami tapi aku rasa Mak perlu tahu apa yang berlaku. Aku mahukan nasihat daripadanya. “Mula-mula Lela tak nak, Lela takut. Tapi lepas tu Lela cuba juga ikut apa yang dia mintak. Lela biarkan je dia sentuh...” Air mataku tiba-tiba menitis. Aku masih ingat lagi bagaimana tangan Pak Hadir merayap ke celah kangkang, menjelajah ke setiap inci kulit. Suaranya yang mengerang masih jelas di telinga. “Lela takut, Mak…” Mak kemudian tersenyum. Wajahnya menyeramkan. “Lela takut, Mak…” ulangku sekali lagi. “Takut apa? Kau buat apa tu?” Tiba-tiba aku terdengar suaranya dari belakang. Aku menoleh dan terkejut apabila melihat Mak sedang duduk di atas tilamnya sambil memerhatikanku dengan pelik. “Kau bercakap dengan siapa tu?” soalnya lagi sambil membetulkan kain kembannya yang hampir terlucut dan menyuak rambutnya yang terburai. Darahku berderau satu badan. Aku pantas berdiri dan memetik suis lampu dan sebaik seluruh rumah terang-benderang, perempuan yang seperti Mak, yang berbual denganku tadi, telah tiada di tempatnya. Badanku makin kuat menggigil selepas itu. “Kau mengigau lagi, eh? Berapa kali nak cakap, basuh kaki dulu sebelum tidur?” marah Mak. Dia mendengus sebelum menepuk-nepuk bantalnya dan rebah semula. “Tutup lampu ni. Orang nak tidur, esok pagi kena kerja. Kau ingat semua orang macam kau, boleh tidur sampai tengah hari?” rungutnya dengan mata yang terpejam. Aku memetik suis lampu semula. Rumah serta-merta gelap selepas itu tetapi aku dapat rasakan perempuan itu masih ada di tempatnya tadi sedang tercegat berdiri. Dan sedang tersenyum penuh ngeri. Endlich finde ich Zeit zu schreiben. LOL. Tetibe je mukadimah dlm bahasa Jerman. Anyway, nak tulis blog, nak beritahu yg buku ke 10 saya akhirnya telah dipublish dan telah pun dijual semasa Pesta Buku last week. Judulnya Aku, ceritanya tentang seorang lelaki berusia 40an bernama Ghazi yang baru kematian isteri dan telah bertemu semula dengan kekasih pertamanya, Danial. Sepanjang novel 300++ muka surat ini anda akan didedahkan dengan kisah2 kasih sayang Ghazi kepada anak, isteri, ibu, nenek, teman lelaki, abang angkat, kawan2, dunia dan Tuhan sejak dia kecil sehingga dia menjadi lelaki dewasa. Saya tulis naskhah kerdil ini khas buat anda semua dan saya berharap agar selepas membaca novel ini, kasih sayang kita kepada semua juga makin mekar dan mewarnakan. Kepada yang sudah membaca, bolehlah turunkan review di Goodreads atau di mana2 laman blog anda (dan pls tag me, ya?) agar saya boleh perbaiki dan hasilkan novel yang lebih baik lagi. Kepada yg baru ingin cuba membaca buku2 Shaz Johar, selamat datang dan semoga perkenalan ini menjamu impian anda. Sedikit info: selepas PBAKL, buku ini hanya akan dijual di toko-toko buku seluruh negara cuma selepas Hari Raya Haji. Jadi buat sementara waktu ini, anda boleh mendapatkan Aku di Kedai Fixi atau WhatsApp saja mereka di nombor 01123651972 untuk belian secara online. Terima kasih, OK, tu aje nak tulis. Sebagai penutup blog, di bawah ada saya sertakan beberapa keping gambar di sepanjang PBAKL berlangsung. Kepada yang sanggup bersesak, berpanas, berhujan, berhimpit, kena raba (kot?), jumpa jodoh (kot?), gaduh dgn orang lain, carik anak hilang, carik laki hilang, dan lain2, terima kasih atas sokongan anda. Tanpa ada semua, takkan Shaz Johar dan rakan2 penulis dan penerbit buku yg lain mampu berdiri dengan penuh gaya sebegini. Assalamualaikum. Bangun pagi2 dah dikejutkan dengan berita buku2 daripada teman2 yang telah dihentikan cetakannya. Juga tentang ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mungkin akan ditutup atau telah ditutup pun. Dan tentang PBAKL 2019 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) yang katanya bakal berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor, jauh daripada KL, jauh daripada LRT, bakal menyusahkan para penerbit, penulis dan pencinta buku untuk ke sana.
Shaz Johar speechless sekejap. Industri buku di Malaysia seharusnya lebih membangun dan lebih mendekatkan. Bukannya ditutup, dibuang atau dikekang. Semua orang harus diajak untuk sama2 rajin membaca dan terus berfikir, walau apa jua jenis genre, walau sekecil zarah pun ilmu yang bakal dikutip. Budaya ini kalau tak terus dipupuk dan dilentur daripada awal, manakan mungkin dunia akan berubah? Bak kata Pak Samad Said satu ketika dulu, "Paduan fikir, buku. Himpun kuasa, kubu." Ayuh sama-sama kita renungkan apa maksudnya. ps: Walau apa pun yang terjadi pada industri buku di Malaysia, Shaz Johar berjanji akan terus menulis selagi ditumpahkan idea dan akal. Semoga kalian juga berjanji takkan berhenti menyokong. Penulis itu tugasnya melahirkan bangsa yang kritikal. Haish... entah macam mana plak aku boleh ter-miss entry yg ini. Huhu. So ni kira entry Throwback lah, ya. Berikut adalah artikel dari Detik.com mengenai tajuk di atas. Jakarta - ASEAN Literary Festival (ALF) 2017 akan dibuka pada 3-6 Agustus mendatang di Kota Tua, Jakarta Barat. Dari 1000 aplikasi yang mendaftar terpilihlah 11 penulis muda yang akan mengikuti program residensi ASEAN-Jepang. Ke-11 penulis di antaranya adalah Clara Chow (Singapura), Glenn L Diaz (Filipina), Hariz Faddylah (Brunei Darussalam), Intan Andaru (Banyuwangi), Ira Lathief (Jakarta), Mai Nardone (Thailand), Moe Thet Han (Myanmar), Ni Komang Ariani (Bali), Shaz Johar (Malaysia), Tra Nguyen (Vietnam), dan Yusri Fajar (Malang). Ke-11 penulis bersama dengan penulis Jepang akan menghabiskan waktu bersama selama seminggu di Kampung Muara, Tanjung Barat, Jakarta Selatan. Mereka bakal bergabung dengan sejumlah penulis ASEAN untuk berbicara di ASEAN Literary Festival 2017 yang keempat. "Program residensi merupakan salah satu upaya kecil untuk secara langsung menangani kenyataan bahwa kita masyarakat ASEAN hampir tidak mengenal satu sama lain. Kami tidak percaya bahwa kita bisa menjadi komunitas tanpa perasaan akrab, rasa kedekatan, dan rasa memiliki," ujar Direktur Program ASEAN Literary Festival, Okky Madasari, dalam keterangan yang diterima detikHOT, Rabu (5/7/2017). Mereka akan residensi dari tanggal 27 Juli hingga 2 Agustus mendatang. Okky Madasari berharap program residensi ini bisa menjadi ajang bagi para penulis dan intelektual ASEAN muda. "Kami berharap para penulis dan intelektual muda bisa saling mengenal satu sama lain sebagai saudara dan saudsara dalam komunitas ASEAN. Tahun ini juga menjadi spesial karena ada perayaan 50 tahun ASEAN," pungkas Okky Madasari. satu pengalaman yg baru dan menarik juga bagi aku sebab tak pernah terfikir pun nak duduk satu rumah, beramai2 bersama penulis2 yg lain dan bersembang tentang karya masing2. thanks to Kris Williamson yg push aku suruh apply dan thanks to Okky Madasari yg sudi menganjurkan residensi ini. Terlalu banyak perkara2 yg manis berlaku selama berada di rumah itu, jadi biarkan gambar2 di bawah saja yang berbicara... To my readers,Where do I begin? First of all, terima kasih kepada semua yang dah beli Salafi, buku atau ebook, beli di kedai buku, di pesta buku, beli dari Shaz Johar, beli di pasaran gelap, atau yg dari mana2 medium yg anda sukai. Siapa yg dah baca, sila turunkan review kat Goodreads atau mana2 website anda (jgn lupa tag Shaz Johar) utk sama2 kita kongsikan. Tak kisah, review buruk ke baik ke, saya baca je dan kekal senyum. Secondly, nak beritahu karya ini tidak akan terhasil tanpa sokongan daripada kalian semua. It’s honestly hard to believe that after 7+ years of writing, ada lagi yang sudi membaca dan terus meminta saya untuk terus menulis. I am truly honored and I owe it all to you. Thank you. Masa saya kecik, saya selalu membayangkan penulisan itu satu pekerjaan yang mudah. Yang hanya membiarkan diri terperangkap dalam dunia sendiri dan tulis apa yang terlintas dalam fikiran. Tetapi semakin saya menganjak dewasa, saya dapati menjadi penulis itu satu kerjaya yang mencabar minda sendiri dan rakan2 yang lain. Pada saya penulis mengajak pembaca untuk sama2 berfikir dan membiarkan minda terus berlari dan menari di setiap lembaran di dalam buku itu. Penulis melemparkan sisa-sisa ilmu yang kadangkala terlepas pandang oleh semua orang. Penulis jadi wakil pembaca meluahkan isi hati. Jadi saya harap kalian dapat mencapai rasa itu dalam Salafi dan terus berkongsi rasa cintanya kepada semua. Amin. Ps: Berikut adalah gambar2 di sepanjang Pesta Buku Selangor dan Pesta Buku Antarabangsa KL yg berlangsung baru2 ini. Thank you to everyone who has taken time to read my book and send me honest and kind words. It means more than you know. Love, Shaz Johar. Sorry, lambat update blog. Busy gila.
Novel baru I finally keluar 20 March lepas. Buku yang ke 9, novel yang ke 8. Tajuknya Salafi. Pada yang blur2 Salafi tu apa, Salafi bermaksud early muslim, salah satu cabang Islam yg asal, yg dikatakan ultra conservative oleh sesetengah pihak. Salafi juga short form utk “salah fikir” dlm novel ini. Novel ini mengutarakan subjek honor killing, atau shame killing, pembunuhan yang dilakukan oleh ahli keluarga atas dasar untuk menutup rasa malu. Mungkin ini novel Melayu yg pertama seumpamanya di Malaysia. Mungkin. Tak janji. So seperti biasa, I nak org utk rehome novel baru I ni. Rehome = bukan free. ☺️. Ada tiga watak penting yang menguatkan jalan cerita. Watak utama seorang perempuan bertudung labuh. Namanya Nurul Fatihah. Nama glamer Farrah. Tinggal dalam family yang kuat agama dan mementingkan akhirat sampai hubungan dia dengan dunia yg fana ni jadi jauh. Hero, seorang lelaki berbangsa Cina bernama Brian Wilson. Farrah punya love interest. Baik hati, Badan kekar, handsome, bontot bulat, tinggi, ada bulu2 sikit, sedap2. Dan watak supporting, of course kawan baik mereka berdua, Kimk. Seorang transgender. Perangai gila. Cantik. Nama asal Muhammad Qayyum bin Abdul Fattah. Tak mati sebab AIDS. Tak kerja melacur. Tak jual produk kecantikan. Tak buat vidklip. Tak buat lagu pun. Ini kisah cinta mereka, kisah cinta rakyat marhaen seperti kita semua. Kisah cinta terhadap diri sendiri, kawan2, family, agama n Tuhan. (Well, I believe that's what life is. To love yourself and one another. Kan?) Kalian boleh mendapatkannya di pasaran, online and in shops di serata Malaysia. Sebarang pertanyaan kat mana nak beli, boleh ajukan terus kpd Kedai Fixi dan Buku Fixi (via their FB, IG or Twitter account). Jadi apa tunggu lagi? Jangan biarkan anda hidup dalam kerugian. Belilah, support penulisan Shaz Johar, because this is the time when nobody ever has to say Me Too again! Curik2 masa nak update blog jap. Seperti yg dijanjikan dlm entry lepas, entry kali ini aku nak cerita pasal Makassar International Writers Festival 2017 plak. Aku telah diundang oleh Buku Fixi dan team MIWF2017 untuk memeriahkan majlis ini dari 17-20 May lepas bersama dua orang lagi rakan penulis dari Malaysia, Ridhwan Saidi dan Lukman Hakim. Sepanjang festival berlangsung, aku cuma ada sesi bertemu dengan pelajar uni (UIN Alauddin) utk membincangkan topik Democracy Today: Perspectives from Malaysian Writers dlm slot MIWF Goes to Campus pada hari ketiga. Selebihnya, aku banyak menjadi pemerhati, mengutip segala ilmu yg ada, berkenal2an dengan karyawan dan juga wakil seni dari negara2 lain. Walaupun aku dah boleh dikira banyak merantau serata dunia, pengalaman yg aku kutip dari MIWF ni boleh dikatakan sesuatu yg baru. Aku dapat belajar bagaimana terbukanya sikap orang2 Indo dan negara luar dlm memperjuangkan karya mereka. Bagaimana penerimaan anak2 di uni tentang sesuatu karya itu tidak seharusnya terkongkong dalam satu genre saja dan bagaimana mereka mempersembahkan bakat/karya mereka dengan begitu baik sekali. Sesuatu yg aku rasa masih terlalu jauh utk aku ikut sama berlari. Tapi tak apalah, at least aku yakin yg aku masih terus mengorak langkah. Walaupun tercungap-cungap, yang pentingnya, aku takkan berhenti. Jangan berhenti. Gitu. Di bawah ada gambar2 yg sempat aku simpan buat kenang2an. Insya Allah, ada kelapangan mungkin aku akan ke sana lagi. ps: aku baru dapat undangan daripada Asian Literary Festival 2017 di Jakarta utk menyertai program residensi mereka di Jakarta pada hujung bulan ni. Nanti aku update entry nya, ya? Baru ada kesempatan untuk update blog.
Sorry, been busy with work, travel, puasa and raya. Too much to do, too little time. Huhu. Anyway, finally Nota:3 berjaya jugak dilancarkan pada 29 April hingga 9 Mei 2017 (sila refer to the prev blog) yg lalu sempena PBAKL. Sambutannya alhamdulillah, memberangsangkan and so far dapat 4 bintang dlm Goodreads. Bagi sesiapa yg nak baca review sebelum beli, bolehla klik di SINI and sapa yg dah beli and nak tinggalkan review, bolehlah tulis kat sini jugak. Segala komen dan feedback anda amatlah dialu2kan. Terima kasih!!! ps: next entry akan cerita pasal Makassar International Writers Festival 2017. Hi guys, Untuk sesiapa yang belum maklum, I'm pleased to announce the 3rd installment of "Nota" series dgn tajuknya, whatelse, Nota:3. Huhu. Saya takkan mention too many details of the book since belum keluar di pasaran lagi. Ia akan dilancarkan pada 29 April hingga 9 Mei 2017 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC. Saya akan berada di sana pada 6 dan 7 Mei, insya Allah, so kita boleh jumpa untuk beramas mesra nanti, OK? Kaver kali ini nota atas air pulak. Apa kena-mengenanya dgn the whole story? Yang tu, korang kena bacalah sendiri. Dan ini sedikit sinopsis yang ada di belakang buku: “Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha.” – Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri. Kepada yg berminat untuk membaca bab 1 dan 2 pula, bolehlah layari akaun Wattpad Buku Fixi di SINI. Akhir kata, thank you all so much for the continued support and love. Saya sangat2 menghargainya! Shaz out. |
AuthorShaz Johar. Archives
February 2024
Categories |