MY LIFE IN WORDS...
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz

Malam Pesta Muda Mudi

4/19/2026

0 Comments

 
Picture
Dah lama Shaz Johar tak tulis cerpen. Last cerpen yang ditulis berjudul Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu sempena Pertandingan Cerpen Dan Cerpen Mini Bahasa Jiwa Bangsa anjuran bersama Cereka dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2024 dulu. Sepertimana tajuknya, cerpen tersebut berkisar tentang seekor katak yang ingin terus kekal menjadi berudu dan ia telah memenangi anugerah saguhati dalam pertandingan tersebut. :)

Anda boleh membacanya secara percuma di Cereka.

Anyway, entry kali ini pula untuk memberitahu yang cerpen terkini saya telah pun siap dibukukan. Kali ini saya mengarang sebuah cerpen berjudul Pesta Buih yang bakal dimuatkan dalam sebuah buku antologi berjudul Pesta. Cerpennya berkisarkan apa? Tentang pertembungan si duyung dan sang beruang dalam sebuah pesta buih yang menyesakkan. Gitu.

Untuk pengetahuan semua, buku antologi Pesta edisi terhad ini diterbitkan oleh Buku Fixi sempena PBAKL 2026 nanti dan selain cerpen saya, ada banyak lagi cerpen-cerpen lain yang bertemakan pesta dimuatkan di dalamnya. Jadi kepada siapa penggemar karya Buku Fixi, penulis2 Buku Fixi, dan saya, anda bolehlah ajukan soalan anda ke Buku Fixi untuk tahu bagaimana cara2 mahu mendapatkan buku ini nanti, OK?

Wasalam dan selamat berpesta.
​





0 Comments

AMBANG 2026

12/31/2025

0 Comments

 
Selamat tahun baru, gaes. Apa je yang korang buat tahun di sepanjang 2025 yang dah meninggalkan impak maksima dalam hidup korang?

Pada saya, tahun 2025 saya lebih sibuk dengan kerja selama berada di Amerika. Ini tahun kedua saya berada dalam negara ni dan saya kini dah beralih profesi dengan bekerja dalam sektor kerajaan pula. Jabatan apa itu, biarlah rahsia. Kerja saya uruskan hal2 kebajikan orang2 yg kurang berkemampuan kat sini. So, setiap hari saya akan jumpa dengan orang sakit (mental dan fizikal), orang tua, penagih, broken family, bekas banduan, penganggur, gelandangan, anak terbiar, dan lain2 lagi golongan yg sekufu dengannya. Makanya macam2 jenis manusia la yang saya kena hadap hari2. Hari pertama dulu saya gerun juga tengok orang muka badan penuh tatu masuk ofis, tapi dah lama2 saya macam taste pula. Eh?

**by the way, from my own experience, orang yang baru keluar penjara so far semua layan dan cakap baik2 dengan saya. Maybe pengalaman yang telah mendewasakan mereka. Huhu.

Selain bekerja di kantor, saya masih lagi menulis buku dan baru tiga empat hari sudah, novel saya yang ke 13 telah keluar. Judulnya, Selerak, dan kalian boleh beli novel tersebut di Google Play (kalau nak baca sample pun ada kat situ) dan/atau di Shopee Buku Fixi. Di toko2 buku berhampiran anda, mungkin bulan depan baru ada. Sesiapa yang dah buat pesanan awal tu, setinggi terima kasih saya panjatkan. Siapa yang belum, nikmat tuhan mana lagi yang anda tunggu?

Bercerita tentang buku, tahun 2025 juga menjadikan saya sekali lagi sebagai pemegang gelaran penulis non-halal kerana novel saya, Kougar2, telah diharamkan. Ini novel kedua saya yg diharamkan oleh KDN selepas Aku. Tahniah kepada yang pernah baca kedua-dua novel tersebut. Kepada yg masih mencari pula, good luck. Mungkin anda boleh cuba riki2 di pasaran gelap.

Apa lagi yang berlaku tahun 2025? Ha, saya dah ada lesen memandu kat sini. Hahah. Setelah bertahun-tahun keluar-masuk Amerika, baru tergerak hati nak buat lesen. Sekarang siapa yang nak datang lawat saya kat sini? Saya dah boleh bawa jalan2. 😊. Setakat ini saya dah selesa la memandu sebelah kiri dan korang doakan saya tak eksiden atau kena saman la eh. 

Anyway, last but not least, dua hari lepas hari jadi saya yang ke 40++. Terima kasih kepada semua yang tinggalkan ucapan selamat hari lahir kepada saya. Ingatan kalian itu akan terus saya semat dalam hati. Sebagai seorang manusia yang simple, tak ada apa yang saya minta lebih di tahun 2026 ni selain berharap ia akan sentiasa buat kita semua tersenyum.
​
Bismillah.


0 Comments

Cuz I'm too messy...

12/25/2025

0 Comments

 
Picture
Hai semua!

Dah lama ya tak berblog. Apa kabar kalian? Kalian baca ke entry blog ni? Mestilah tak, kan?
Tujuan entry ni ditulis first sekali untuk ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Semoga Natal ini memberi tanda ingatan kukirim rindu di angin lalu kasih yang hilang kuhulur tangan di natal ini di natal ini ku pohon restu ya....

Dan yang kedua untuk bagitahu setelah dua tahun menyepi, saya telah keluar dengan novel baru hari ni. Novel ke 13 yang berjudul Selerak. Kisahnya bertemakan kekeluargaan. Tentang cerita tiga beradik yang berperang tanggungjawab menjaga ibu mereka yang sakit. Juga tentang toksik dan konflik dalam keluarga yang kita sanggup telan demi menjaga hati masing-masing (tanpa kita sedar ia perlahan-lahan merosotkan rohani dan jasmani kita). Tentang Mental dan Sanctuaria. Ya, jika kalian peminat karya2 saya yang sebelum ini dan pernah membaca Mental dan Sanctuaria, novel ini mungkin untuk anda.

Saya juga berharap agar novel ini tidak diharamkan oleh KDN. Huhuhu. Tahun lepas Kougar:2 diharamkan (novel saya yang kedua diharamkan selepas Aku) atas sebab2 menyebarkan fahaman atau ideologi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Halah halah. Semoga novel ni tak menjejaskan keharmonian sesiapalah ya. Nauzubillah. Atau kalau nak haramkan pun tunggulah lepas dua tiga tahun ia keluar dulu.

OKlah seperti biasa, sebelum menutup entry blog kali ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang masih menyokong penulisan saya sejak dulu. Terima kasih juga kepada pembaca yang baru2 nak berkenalan dengan karya2 saya dan beli novel2 lama saya. Semoga setiap wang dan tenaga yang anda laburkan itu berbaloi. Dan semoga Tuhan pulangkan kebaikan kalian dengan jalan yang lebih baik. Bismillah.
​
ps: lagi empat hari lagi harijadi saya. Anggap sajalah ini hadiah daripada saya kepada kalian, pencinta novel2 Shaz Johar. Jika kalian membeli novel ini pula, saya anggap ini hadiah kalian kepada saya pula sebab saya boleh dapat royalti. Jadinya win-win situation. Amin.

0 Comments

Kougar 2 diharamkan.

5/28/2025

0 Comments

 
Picture
Tujuan entry ni ditulis (selain dah lama tak blog), adalah kerana saya baru dapat pengkhabaran yang novel saya Kougar: 2, novel ke-11 terbitan Fixi tahun 2021, diharamkan semalam atas alasan menyebarkan fahaman atau ideologi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga "mungkin memudaratkan kemoralan" pembaca. Astaghfirullah.

Baca artikel di sini: www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/05/27/kdn-haram-7-buku-mudarat-moral-ketenteraman-awam
​
Untuk yang belum mengenali Kougar 2, kisahnya bertemakan cinta seorang wanita berusia kepada lelaki yang lebih muda. Yang membuatkan saya terpinga-pinga mencari jawapan, entah di bahagian mana novel kecil saya itu telah membuatkan masyarakat Malaysia hilang harmoni atau terjejas moral mereka. Saya konfius.

Saya juga termenung memikirkan nasib industri seni dan cabang kreatif di Malaysia jika apa yang disogokkan kepada pembaca dewasa ini hanya karya yang telah ditapis dan disuling sehingga jernih. Bagaimana pula dengan karya yang mencerminkan pekung kita sendiri? Mestikah kita kambus rapat-rapat saja supaya busuknya tak merayap hingga ke langit? Kasihan.

Anyway, kepada semua pembaca Kougar 2 yang merasakan moral dan kompas hidup mereka telah tergugat atau termudarat gara-gara tulisan saya, saya ingin memohon maaf. Yang khilaf datang daripada saya. Kepada semua yang belum membaca novel ini pula dan takkan jumpa di mana-mana pasaran lagi selepas ni, anggap sajalah anda sudah terlepas peluang keemasan.

Manakala kepada semua yang masih setia menyokong penulisan saya sejak dulu, terima kasih kerana sudi membiarkan saya terus berwarna-warni terangi alam. Semoga cinta anda tak lekang waktu dan tak hilang makna sampai bila-bila.

Bismillah.

ps: ini novel kedua saya diharamkan selepas novel Aku. Nampaknya selain bergelar penulis simbol seks (self-claimed), saya juga seorang penulis haram. Tahniah.
0 Comments

Salam 2025.

12/31/2024

0 Comments

 
Picture
Entry terakhir untuk 2024.

Sekali lagi kita telah berada di ambang tahun baru dan menunggu detik tahun ini pergi membawa kisah dan sejarah yang mungkin sukar dilupakan.

Apa yang dah kita kecap di sepanjang tahun 2024? Mungkin tiada banyak berita yang menggembirakan terjadi di seluruh dunia dalam tahun ni tapi bagi saya tahun 2024 telah beri saya satu kemenangan dalam kerjaya saya sebagai penulis. Buat pertama kali dalam sejarah, skrip filem yang saya tulis untuk pertandingan skrip Kuman Pictures ke-3 telah dipilih menjadi juara.

Ini kali kedua saya menyertai pertandingan ini so tak sangka pula second time's a charm, ingatkan third. Skrip ini berjudul Bergelar Manusia, sebuah psychological thriller tentang seorang penulis yang berpura-pura menjadi vegetarian. Secara ringkasnya, dalam naskhah ini kita dapat lihat bagaimana isu writer’s block dan juga fraudulent personality yang dipaparkan telah membina banyak tekanan psikologi ke atas seorang novelis dalam menyiapkan novel seperti yang dijanji.

Jika tiada aral melintang, naskhah ini bakal diarahkan oleh pengarah tersohor bernama Khairi Anwar. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan dan ada rezeki untuk kita dapat sama-sama menonton hasilnya di pawagam nanti.

Selain daripada itu, tujuan entry ini ditulis juga untuk memberitahu dua hari lepas saya baru saja menyambut hari lahir. Kepada semua yang telah melontarkan ucapan selamat, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. I will keep all your wishes close to my heart.

Tahun ni hadiah saya nak tengok ikan paus secara dekat so saya pun celebrate la kat Seaworld siang tadi. Walaupun hajat di hati sebenarnya nak tengok paus liar kat samudera luas tapi dalam kolam pun jadilah. Tahun depan kalau ada rezeki nak tengok aurora pula.

Sedikit info bagi kalian yang sabar menanti hasil nukilan terbaru saya (jika adalah yang menanti), ingin saya maklumkan tiada karya baru untuk 2025 yang bakal muncul.

Saya faham kalian tentu kecewa mendengar berita ini, tapi setelah diketimbang, saya fikir moleklah saya bagi can dekat penulis lain sekali lagi (sebab tahun lepas pun takde buku baru). Bukannya apa, asyik beliau, beliau saja nanti kalian juga yang benci. Huhu.

Tapi ingin saya selitkan sari berita penting. Mungkin (kata kunci: mungkin) ada karya lama saya yang akan diterbitkan kembali untuk jualan PBAKL 2025 nanti. Karya apakah itu? Terpaksalah dirahsiakan buat sementara waktu atas sebab2 keselamatan. Kalian tunggu sajalah berita tentangnya di laman medsos dan portal hiburan kelak, OK?

Baiklah. Itu sajalah yang saya nak tulis dalam entry kali ini. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tak putus-putus menyokong perjalanan saya sebagai penulis sejak dulu. Semoga ikatan yang terjalin antara kita akan terus mekar hingga ke akhir nanti.

Bismillah. ​
0 Comments

BERGELAR MANUSIA BERGELAR JUARA

9/27/2024

0 Comments

 
Picture
Pemenang pertandingan skrip Kuman Pictures ke-3, dengan kerjasama @redcommfilms: BERGELAR MANUSIA oleh Shaz Johar.

Logline: Seorang penulis yang berpura-pura menjadi vegetarian telah berutusan dengan pengirim misteri melalui kapal terbang kertas untuk menyiapkan novelnya.

Frankly speaking, still tak tau nak cakap apa cuz I didnt expect this. So, I didn’t write a speech because I didn’t think it would be possible.

Thank you atas kepercayaan ini dan setelah Kopi 3 Rasa (tulisan saya yg telah 2x difilempendekkan) ini skrip filem panjang pertama saya yang bakal difilempanjangkan.

Jika ada rezeki, dapatlah kita sama2 memburunya di pawagam kelak.

ps: rela menanti walaupun parah walau berdarah
0 Comments

BERGELAR MANUSIA

8/30/2024

0 Comments

 
Picture
Enam bulan lepas saya ada hantar skrip untuk Pertandingan Skrip Filem yang ketiga daripada Kuman Pictures. Skrip saya berjudul Bergelar Manusia, sebuah psychological thriller tentang seorang novelis yang berpura-pura menjadi vegetarian. Gitu.

Hari ni saya dimaklumkan oleh pihak Kuman Pictures, skrip saya termasuk dalam senarai 10 Hot List finalists. Pengumuman pemenang akan diumumkan bulan depan. So doakan saya berjaya dan ada rezeki untuk skrip ini difilemkan. Bismillah.

Ini kali kedua saya masuk pertandingan ini. Kali pertama dulu dengan skrip berjudul Sakit, juga psicological thriller, tentang seorang lelaki yang mengubati rasa sedih dan kesunyiannya dengan menyakitkan dirinya sendiri. Skrip ini juga berada dalam senarai Hot List waktu itu. Jika ada yg berminat nak jadikan skrip ini filem/tele-drama ke apa, bolehlah roger2. Hihi. 

0 Comments

Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu

3/1/2024

0 Comments

 
Ingat lagi tak entry saya sebelum ni tentang cerpen saya yang menang anugerah saguhati dalam Pertandingan Cerpen Dan Cerpen Mini Bahasa Jiwa Bangsa anjuran bersama Cereka dan Dewan Bahasa dan Pustaka?

Ya, kini anda boleh membacanya secara percuma di Cereka 

Jadi jom download (klik link di atas) dan baca tanpa had di Cereka!

Picture
0 Comments

Trilogi Nota bakal diterbitkan semula?

2/29/2024

0 Comments

 
Picture
Baru perasan tahun ni tahun lompat. Selamat menyambut hari lahir 4 tahun sekali bagi yang menyambutnya hari  ni. 

Entry kali ini ingin membicarakan tentang trilogi Nota. Eh, kenapa pula?

Ha... dikhabarkan pihak Buku Fixi dan DanaBuku ingin menerbitkan semula trilogi ni buat kalian penggemar karya-karya novel tempatan di luar sana. TAPI ada syarat. Syaratnya trilogi ini hanya akan dicetak sekiranya mereka mencapai sasaran minimum 50 sumbangan di DanaBuku. Harga dana untuk ketiga-tiga buah buku berjumlah RM75 (je). Sila klik link ini untuk tahu cara-cara menjadi penyumbang dana.

Akan tetapi, jika tak mencapai sasaran, wang yang disumbang akan dikembalikan semula dan buku takkanlah dicetak. Maka cita-cita kita semua untuk melihat ia kembali mekar di persada seni akan terkubur dan saya akan sedih. Nak ke tengok saya sedih?

Kalau tak nak, cepat ke link di atas dan
sebarkan cintanya hingga ke mayapada. Ya, saya tahu tarikh akhir sepatutnya hari ini dan masih jauh lagi perjalanan kita untuk berjaya. Tapi berkat usaha dan iltizam yang tinggi, tak mustahil ia akan menjadi realiti. Bak kata peserta AF satu ketika dulu, "Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Woo!"

Hik. Hik.

Tadi ada sesi live di FB antara saya, penulis Pesona dan Dana Buku untuk sidang promosi kempen dana buku ini. Banyak jugalah yang telah kami kongsi untuk halwa telinga pendengar. Maafkan kalau jawapan saya merapu atau suara mendesah tiba-tiba, saya baru bangun tido dan saya kalau baru bangun tidur memang persis Noreen Noor.

​Gambarajah di bawah merupakan momen yang sempat dirakam. 

Picture
ps: hari ni 5 tahun yg sudah, novel ke-10 AKU dilahirkan. Novel ni telah diharamkan tahun lepas sebab ada unsur2 LGBT. Sian. Orang kita takut naw2 dengan LGBT tapi rasuah dan scam atas nama agama tak apa pula. Huhu. Btw, saya tengah tulis novel baru dan cuba angkat jiwa yang sama daripada novel AKU ni. Kita nantikan kalau saya berjaya siapkannya, OK?
0 Comments

I'm 46 for a moment

12/31/2023

0 Comments

 
Picture
Picture

Entry kali ni a bit personal I think. Saya tulis sambil dengar lagu 100 Years daripada Five for Fighting. Lagu ini keluar pada tahun 2004 dan siapa sangka 20 tahun kemudian, saya masih dengar dan nikmati liriknya yang ditulis penuh puitis. 

2 hari lepas saya baru saja menyambut ulangtahun saya yang ke-46. Bermakna ketika lagu 100 Years  ni keluar saya masih dalam pertengahan 20-an, masih muda seperti kalian. Di bawah adalah antara senarai hal-hal yang saya tak pernah terfikir ketika lagu ni keluar, yang saya akan kecap dalam hidup sehingga kini. 

1. Saya jadi penulis dan dah hasilkan 12 novel, satu kumpulan cerpen (Cerpen Shaz Johar), dan puluhan cerpen, certot, cerpan dan yang seumpama dengannya. Tualang merupakan novel terkini daripada saya, diterbitkan oleh Buku Fixi pada tahun ini.  

2. Saya bergelar editor dan penterjemah novel. Saya sudah menyunting beberapa karya berbahasa Melayu juga menterjemah beberapa karya Inggeris ke Bahasa Melayu, daripada Salla Simukka hingga ke John Green.

3. Saya dipilih sebagai juri sayembara kelolaan Buku Fixi 2021/2, diundang ke Hamburg University di Germany untuk berbual dengan pelajar di sana tahun 2018, diundang ke Jakarta dan Makassar, Indonesia untuk ASEAN Literary Festival dan Makassar Writers Festival pada tahun 2017. Dan yang paling penting, saya masuk TV1 RTM pada tahun 2015 untuk promosi novel keempat saya yang berjudul Nota. LOL.

4. Novel pertama saya, Kougar, menang award tahun 2011. Selain tu baru2 ni cerpen saya berjudul Kisah Seekor Katak Yang Ingin Terus Kekal Menjadi Berudu pula menang anugerah saguhati dalam Pertandingan Cerpen Dan Cerpen Mini Bahasa Jiwa Bangsa anjuran bersama Cereka dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya ni jarang menang apa2 so sekali-sekala dapat hadiah rasanya lain macam.

5. Saya juga telah menulis dua buah skrip filem. Satu tahun 2021 dan satu lagi 2022. Satu dapat dana daripada Finas, satu lagi saya tulis untuk Pertandingan Skrip untuk Filem Seram/Thriller anjuran Kuman Pictures & Entropy. 

6. Saya dah merantau ke pelusuk dunia. Negara pertama yang saya lawat adalah Australia pada tahun 2003 dulu dan hingga kini saya sudah jelajah hampir ke semua benua dengan penuh onak dan duri. Setiap satunya berikan saya kenangan dan pengalaman yang manis. *Tahun ni sepatutnya ke Jepun (Kyoto, Osaka, Tokyo) atas jemputan menulis tapi atas sebab2 keselamatan terpaksa ditangguh. Tak apalah belum ada rezeki.

7. Saya masih lagi dengan Kris, teman terulung yang dah terlalu banyak melayan kerenah saya sejak 2002. Teman bergaduh, teman bersukaria. Teman saya sampai ke (lebih) tua. Huhuhu. 

8. OK yang ni pulak kisah sedih. Saya sebenarnya ada terfikir yang mungkin satu hari nanti salah satu atau semua novel saya akan diharamkan tapi tak sangka pula ia betul2 terjadi,. Ahaks. Kisahnya, novel kesembilan saya berjudul Aku telah diharamkan sekitar bulan Februari lalu. Sebuah buku yang menceritakan tentang kehilangan dan depresi seorang lelaki separuh usia. Sesuatu yang jarang disebut dalam mana-mana karya di Malaysia, lebih-lebih lagi kerana ia menyentuh isu LGBT yang bagi kerajaan Madani ia terlalu tabu untuk dibincangkan. Kasihan.

9. Lagi kisah sedih. Saya hilang Mak saya di Kuala Lumpur pada tahun 2020 setelah bertahun-tahun beliau melawan sakit buah pinggang, jantung dan kencing manis. Pada tahun 2021, one of my best friends (siapa yang kenal saya tahulah saya ni tak suka biak kawan) pun meninggal dunia atas masalah jantung. Dan bulan lepas, Kris pula hilang Mak dia setelah dua tahun bertarung dengan AML. Satu demi satu kehilangan berlaku hingga ia sedikit sebanyak menjentik hati saya untuk lebih bersabar dan menghargai insan sekeliling. 

10. Lagi satu yang paling tak dijangka. Saya dapat saksikan bagaimana Covid-19 menyerang dunia sehingga semuanya lumpuh, terkurung dan terpuruk layu. Saya pun terkena juga Covid ni sekitar November lalu tapi mujur tak teruk. Orang kata Tuhan turunkan kepada saya untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah saya buat. Dosa-dosa besar tak tahulah dapat terhapus atau tidak. Itu urusan saya denganNya.  

Dan last but definitely not the least, berbalik pada kisah gumbira.

​11. Saya dapat menyambut usia baru dengan sukses bertemankan Kris dan dolphins liar di tengah laut di bumi Amerika. Satu pengalaman baru yang menyeronokkan. Tahun depan mungkin dapat tengok ikan paus pula. Atau aurora. Dua benda yang saya teringin nak saksikan at least sekali dalam hidup.

OK, itu saja yang saya ingin coret kali ini. Sebagai penutup 2023 yang bakal melabuhkan tirainya, harapan saya semoga 2023A akan membawa lebih banyak kegembiraan, ketenangan dan keamanan buat kita semua. Dan sama-samalah kita berdoa agar Tuhan izinkan saya untuk terus berkarya lagi.

Kita jadikan doa hari ini sebagai kisah klasik kita untuk masa depan, OK?

Bismillah.

ps: let me take this space to thanks all my readers, who have offered so much love and support. Semoga Tuhan melukis hidup kalian seindah pelangi. 
​
0 Comments
<<Previous

    Author

    Shaz Johar.

    Archives

    April 2026
    December 2025
    May 2025
    December 2024
    September 2024
    August 2024
    February 2024
    December 2023
    September 2023
    June 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    December 2022
    November 2022
    June 2022
    January 2022
    December 2021
    August 2021
    June 2021
    January 2021
    December 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    February 2020
    December 2019
    November 2019
    April 2019
    July 2018
    May 2018
    July 2017
    April 2017
    March 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tentang Shaz
  • Berita dan Blog
  • Novel-Novel
  • Cerpen-Cerpen
  • Terjemahan
  • Hubungi Shaz